YANG MUDAH...YANG CEPAT..YANG RINGKAS..

rsz_dsc_8800
Salam pagi Selasa....eh ni hari Selasa eks, hadoi tadi kat FB, ada si mat gebu tulis Isnin, apa nak jadi dengan dia agaknya...ngingau ke hapa, boleh lewat sehari...grrr, dia belum mandi agaknya kan.. Biar lah kang ok lah tu, hari ni saya Adnan Ibrahim ambik alih blog buat sementara waktu yea, nak share satu benda yang mudah, cepat dan ringkas untuk dibuat. Pagi ni nak sarapan yang mudah, hari ni kita makan tortilla, tapi tortilla ni bukan buat, cuma beli yang dah siap di Tesco. Boleh juga makan ala2 capati, tapi ni hari nak buat lain sikit, nak roll dengan segala gherta karun dalam dia. Tapi sayang lah daun salad takde, jadi belasah guna kobis sahaja. Kalau nak guna daging ayam pun ok, kasi rebus dulu, tapi yang ni guna daging burger ayam Ramly. Tortilla ni kena bungkus elok2, kalau tak nanti dia masuk angin dan keras macam zink atap rumah..sebelum kita tengok resipi, jom ke blog pilihan DTS ---> di sini... dan pada yang berpuasa..selamat berpuasa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping tortilla (boleh beli dipasaraya)
1 keping daging burger ayam Ramly
1/4 red capsicum, hiris memanjang
1/2 biji timun saiz sederhana, buang empulur dan hiris memanjang
1/2 biji tomato, buang biji dan hiris memanjang
1 kelopak kobis daun, hiris memanjang
Mayonnaise secukupnya
Sos thousand island secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging burger dipanggang dalam kuali non-stick dengan sedikit minyak zaitun hingga perang kedua2 bahagian. Sejukkan dan hiris memanjang. Ketepikan.
  2. Ambil sekeping tortilla tadi, sapu dengan mayonnaise, susun hirisan daging burger ayam, capsicum, kobis, timun, tomato dam paipkan sos thousand island atasnya. Gulung kemas dan ketat2. Buat kaedah sama untuk selebihnya. Kerat dua dan hidangkan segera.

Post a Comment

18 Comments

  1. Morning Mat...
    Ni memang menu biasa kat umah akak. Senang, cepat , mudah dan ringkas...yang penting rasanya sedap. Cuma akak biasa panaskan kejap dalam pan tu supaya kulitnya sedikit garing.
    Ok lah...gimme TEN!

    ReplyDelete
  2. pernah buat gini.. tggu time bli aym bakar.. kalo tak abes... siat2 aym bakar... masuk dlm bahan...

    ReplyDelete
  3. tp guna yg poket lah.. tak pakai torilla... nak bli torilla lah

    ReplyDelete
  4. salam Cik Mat
    Ini pun menu kerap jugak yanie buat selain dr poket. cumanya tortila tu tk pyh nk dimasak dulu ke? hee yn selalu buat bila dh letak semua brg2 tu bakar kejap dlm oven tp gulungannya tu asyik tertanggal je. camner ek. klu tk pyh bakar tkpe yer? hee sorry saya budak baru belajar..

    ReplyDelete
  5. macam twister KFC !!
    cayalah Che Mat...sedap ni . sangat sesuai utk ibu mengandung..tiba2! hehe

    ReplyDelete
  6. pcmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm! menggodaaaaaaaaaaaaaaa iman betulllll!!!

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum ...sedapnya menu sarapan tu...syg la hari ni puasa..:)

    ReplyDelete
  8. salam CMG..
    aku kan kalau boleh kutahan je supaya x masuk sini sbb kalau masuk..mmg meleleh je liur ni nengok lauk pauk kuih muih serta sirap yg ada.eh,ada??hihi...selain dr tortilla tu..tetiba rindu pulak nengok sos peri2 tu ha..maklom la sini susah nak dpt sos peri2 nandos....pebret i taw!harus ke ku pecah masuk dapurmu hnya utk cilok sos nandos?hahahhaa

    ReplyDelete
  9. since dah rajin masak ni, ptg ni p cari tortilla lah..bleh bwk bekal esok en.mat:)

    ReplyDelete
  10. wakaka..cikmat penah mamah atap zink ke coz tau tahap kekerasananya tuh...sedap tu ngonyel petang2 gini kan...tq cik mat

    ReplyDelete
  11. aduh... ni ada jual kt pasar tani tak..?

    ReplyDelete
  12. Salam Cik Mat,

    Betul ni, simple punya resepi.
    Thanks for sharing ;)

    ReplyDelete
  13. cik mat, kalau guna 'wrap' pun sedap. boleh beli kat giant + ada flavour. garlic, ori or potato. sedappssss. lagi meletups kalau diganding dengan sos mustard + mayo. layan!

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.