SINGGANG TENGGIRI TEMPOYAK BERPETAI

rsz_dsc_3725
Salam dan bertemu kembali. Hari ni mat masak yang mudah2 dan simple2 sahaja. Sebab kat rumah pun ada 3 orang penduduk sahaja, abang mat sorang lagi pi Terengganu, jadi masak pun ala kadar saja. Masakkan seperti dalam gambar tu menjadi kegemaran bonda. Guna cili padi, tempoyak dan serai. Mat tumis sedikit gunakan sedikit minyak. Kali ni mat guna ikan tenggiri. Perihal ikan tu anda boleh guna ikan merah, kembong dan apa jua ikan berdaging. Mat letak juga bunga kantan sebagai penambah aroma. Jika ada bunga kunyit pun boleh digunakan, dan tak payah lah letak bunga kantan. Bila kita memasak dalam satu keluarga dan citarasa tak sama, maka kita perlu menyediakan 2-3 resipi berlainan, kes yang sama berlaku dalam keluarga mat. Tu pasal mat masak masakan yang berbeza dalam satu2 masa. Sekarang kita lihat Resipi di bawah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan tenggiri saiz sederhana, siang, bersihkan dan kerat dua setiap seekor
6 biji terung telunjuk, buang sedikit kulit, belah 2 setiap satu dan rendam
2 keping asam gelugor
2 batang serai, dititik
2 papan petai, ambil isinya
1 kuntum bunga kantan, belah dua
Air secukupnya
1 1/2 camca besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
25 biji cili padi kampung jenis hijau
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan serai titik dan juga bahan kisar, tumis hingga harum, tambah tempoyak dan kacau rata. Tuang air secukupnya. Masukkan asam gelugor, petai dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan juga terung telunjuk (toskan). Tambah bunga kantan dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.....pengsannnnnn >__<

Post a Comment

7 Comments

  1. sangat simple dan bahan dia mudah didapati.tiba2 teringat masak tempoyak ikan patin pahang.nak tengok versi mat gebu punya

    ReplyDelete
  2. Hishh..
    kenapa la sy ni tak makan lauk pelik2 hah pcm??
    musykil tol la kat diri sndiri ni..
    memilih sangat ke sy ni??
    hadoii...

    ReplyDelete
  3. ini adalah satu menu diet tanpa minyak minggu ini (tapi minus the tempoyak).

    ReplyDelete
  4. baru je niat nak pose esok..ahaha

    ReplyDelete
  5. tercabar tekak tgk siap ada petai..hehehe

    ReplyDelete
  6. Thank you CMG,U have made my day....so many suggestions..I am loving it all...huya to U ...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.