rsz_dsc_3949
Entri tak semengah?...Ulang tayang manjang....Alah resipi macam ni aku pun boleh masak, itu pun nak masukkan dalam blog. Hmmm, tapi kan setiap manusia walaupun masak resipi yang sama, ada kemungkinan tak sama. Ini semua sebab "air tangan"...ini bukan cerita mitos atau dongengan. Dari segi logiknya macam ni, mereka yang masak guna bahan yang sama, tapi kenapa rasa ada berbeza?..sebab skill masing2 tak sama, pengawalan api, meletak bahan perasa (garam/gula dll), cara memasak juga mempengaruhi hasilnya. Ini apa yang mat perhatikan dan juga serba sedikit dari pengalaman. Mat pun bukan pakar yea...ni ulang banyak kali dah...cuma mat tulis apa yang mat rasa logik dari segi pemikiran akal...tu saja.

rsz_dsc_3990
Entri malam ni hanya yang biasa2 saja. Bukan entri panas, tak semengah pun kata orang2 tua. Mat nak juga letak 2 entri ringkas malam ni. Satu yang atas sekali tu cuma tumis air sotong dengan sawi. Lepas tu sambal tumis udang dengan petai. Yang tumis air sotong tu, mencabar... hmm, sebabnya...aku tak bley makan sotong, kesian kan. Jadi masakkan saja, lepas tu tadi jamah jugalah sawi tu sikit. Mat fobia lah sotong, sebab dah kena sekali dulu gatal ke dua2 telinga, sampai jadi tembam..huhu, takmo..serik..serik. Nasib baik ada sambal tumis udang petai tu...Nampak berminyak yea, ok, macam ni, kalau kita menumis sambal, cili perlu garing, nak garing kena lebih minyak. Itu tak jadi masalah, minyak tu kita boleh cedok asingkan, mana anda nak, sakit perut sebab cili mentah, atau buang minyak berlebihan pada sambal tu?. Pilihan di tangan anda, jadi tepuk dada tanya selera..... Ok lah mat tulis resipi mudah ni...Blog pilihan DTS malam ni ---> di sini..

TUMIS AIR SOTONG & SAWI PUTIH....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 pokok sawi putih, cuci, toskan dan siang berasingan
4 - 5 ekor sotong, kerat dan cuci bersih toskan
3 biji bawang merah, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan cili merah, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan sotong, kacau dan tuang air secukupnya. Masukkan batang sawi putih dan masak hingga sedikit lembut.
  2. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Tambah daun sawi dan cili hiris kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin...Boleh juga dimakan begitu sahaja..

SAMBAL TUMIS UDANG & PETAI.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan isi udang, cuci dan toskan
4 papan petai, ambik isinya
2 senduk nasi penuh cili kisar
3/4 cawan jus asam jawa
1 biji bawang besar, hiris kasar (tak letak..hehe)
Garam dan gula secukup rasa (sedikit serbuk perasa)
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api kecil. Tuang jus asam jawa, kacau rata. Masukkan petai. Masak sekejap.
  2. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan udang dan bawang besar hiris, kacau rata dan masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan mengikut gaya anda sendiri yea...