P1300514
Salam pagi Khamis, dahh 11 Ramadhan kan hari ni, syukur alhamdulillah diberi peluang untuk berpuasa lagi. Pagi ni nak kongsi satu masakan yang kalau sebut je ada orang pening, mual dan nak muntah sudah..yelah berpuluh ribu an kali ulang tayang kat DTS. Apa lagi kalau bukan asam pedas. Tapikan selera juga tau bersahur dengan asam pedas, sebab ada rasa masam2 pedas dan manis sikit. Ada pulak sawi jeruk dalam dia, aduhh, meleleh gitu. Serba ringkas saja asam pedas ni. Mat guna ikan caru, kalau guna ikan kembong pun sedap. Ikan pari lagi sedapp. Nak linkkan satu entri yang pada mat bagus sebagai bacaan kat sini....sudi2kan lah.. Ok kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan cencaru
5 kelopak sawi jeruk cuci potong dan rendam
10 biji tomato ceri
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 cawan jus asam jawa
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci halia, dititik

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan cencaru disiang, buang kulit kerasnya, kerat dua setiap satu, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan bahan kisar dan tumis hingg wangi. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing dan pecah minyak.
  2. Tambah serbuk kunyit, tumis sekejap lagi dan masukkan air secukupnya. Bila mendidih masukkan jus asam jawa, ikan dan juga sawi jeruk (tos dan perah). Kacau rata dan biar mendidih perlahan.
  3. Tambah gara, secukup rasa dan secubit gula, kalau nak guna serbuk perasa pun boleh. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain..