Dosaaa kann...tu lah apa nak buat, tak berniat nak mendosakan anda semua..haha, hadoi keji je bunyi. Sebenarnya ni petang tadi, saja lah nak perabih mi kuning yang seciput dalam freezer tu, eh mat kan simpan kue teow dan mi kuning dalam freezer, bila nak guna, masukkan dalam mikrowave dan lepas tu boleh masak ikut resipi anda. Mi kari ni mat buat guna susu sejat saja, no santan added gitu, tapi udang dan kerang letak lah. Cuma tauhu je tak de, kalau dapat pakai tauhu pok, sebab apa, tauhu pok ni rongga dalam dia besar dan ia macam sponge. Jadi bila kita letak dan makan dia serap kuah2 kari tu dalam dia, aduhh nikmat ok masa makan tu. Bila dan siap semua, termasuk siap makan, baru perasan bawang goreng tak tabur...grrrr..sabarr jee aku..Ok lah mat letak entri dia...
BAHAN-BAHAN KUAH :-)
8 ekor udang saiz sederhana, dibersihkan
1/4 cawan penuh isi kerang
1 1/2 camca besar rempah kari ikan jenama "baba's"
1 camca besar cili kisar
3 pelepah sawi bok choy, asingkan daun dan pelepah, kerat berasingan
2 ulas bawang putih*
4 biji bawang merah*(*tumbuk halus)
150 ml susu sejat "IDEAL"
1 liter air
1 kiub ikan bilis maggi (optional)
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMIS :-)
2 biji bawang merah
1 ulas bawang merah
1 tangkai daun kari
2 keping hirisan halia
BAHAN LAIN :-)
Mi kuning secukupnya, cuci dan celur sekejap, toskan
Telur rebus, dibelah 2
Taugeh, dibuang ekor
Belahan limau kasturi
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Hirisan cili merah
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan cili kisar, bahan tumbuk halus dan tumis hingga garing. Tambah rempah kari dan kecilkan api, tumis hingga harum dan tuang air. Kacau rata.
- Masukkan kiub ikan bilis (kalau guna), batang sawi, udang dan isi kerang. Kacau dan biar mendidih. Tuang susu sejat, kacau dan perlahankan api. Tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan daun sawi, masak sekejap dan matikan api.
- Letak mi secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah dengan isi2nya, dan letak telur, taugeh, hirisan cili dan tabur dengan daun bawang dan bawang goreng. Perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan..
18 Comments
hadooi laa...nampak kerang tu yang tak tahan tu mak
ReplyDeleteeh Mat..kerang ko tu ko beli yg kering ke? mcm cantik je kan....
ReplyDeleteabg mat..buat satu tuk saya boley ?hehe..
ReplyDelete[ Mengerikan ] Daging Cincang Manusia : Tersedut Ke Dalam Kipas Kapal Terbang
huk aloh..seafodd ni
ReplyDeleteish..banyak bunyik betul menantu pcm sorang tuuu...
ReplyDeletelaparnya tengok, mangkuk ni putih ajeee...macam sapa bagi tu eks~
sedapnye tgk taugeh gemuk dan pendek ni... terasa kerangupannya :D
ReplyDeleteMat, kalau mak kita last sekali dia letak daun pudina sikit. Ok gak rasa nyer.
ReplyDeletemacamanalah saya nie xpandai memasak..tgk pic nie pun dah baut terliur..sedapnya...
ReplyDeleteSalam MG...
ReplyDeleteTeruja je nengok..padahal dah makan semalam amsa buka posa..tapi tengok gambo ni..wase tingin plak camno tu..
sdapnyer.. blh cuba resepi nih..maceh..
ReplyDeletesalam pkenalan.. dtg dr blog gegar julai. dah follow, jom follow sy jgak untuk smangat bblog :) maceh2..
>>rizaros.blogspot.com
Adusss juling mata akak tengok mee koo ni taaauuuu....ngencesss! Memang ko berdosa buat org terliur tau Mat...haha
ReplyDeleteoii.. ni la feberet saya ... selalu order n beli ... walau suka makan saya tak pernah masak pu pasal suami tak makan mee kari ...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteama x buat mee kari.. tgk entri rasa cam nak buat je.. btw, CMG penah buat bebotok? salah 1 menu tradisi org jhr
ReplyDeletefav akak sekeluarga ni.. kalau anak2 balik menu pertama yg di order... mee kari
ReplyDeletehuhuhuhu udang nampak menawan
ReplyDeletebak mai semangkok
ReplyDeleteSalam MG, daun sup n bawang goreng tak leh tinggal kalau masak mee kari ..... tapi kalau dah sedap rasanye, yang lain boleh tolak tepi ... betul tak???
ReplyDeleteMG nak share something, itu pun kalau minat .... cuba akses url ni, sambal masak boleh buat amal jariah! http://www.hotfm.com.my/ads/sajianmaggi/
.... selamat mencuba!