PEACH POCKET PASTRY..

P1280700
Yuu huu salam, N3 terlewat, tapi saja lah nak letak juga. Ni kes nak menghabiskan 3 keping puff pastry yang dah berzaman dalam freezer, bukan kedut lagi, tapi ada tu berlipat sudah. Pikir2 apa lah aku nak buat dengan menda ni. Tengok kat pantry, ada buah peach dalam tin...Waa, boleh buat sesuatu yang ringkas. Terus lah mulakan operasi. Benda senang nak buat, hanya bentukkan, bakar dan isi dengan whipping cream dan susun buah peach...Sedap yea, sebab ada masam2 buah peach dan dia balance dengan whipping cream dan pastry tadi tu, simple dan mudah disediakan... Ok mat tulis resipi mudah ni, cuma perlu 3 bahan je...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping puff pastry
Whipping cream secukupnya (mat guna yang ready to use, dalam tin)
Buah peach dalam tin secukupnya, dihiris

CARA MAMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 190C. Ambil sekeping puff pastry, kelar kesemua bahagian tepinya anggaran saiz 1/2 inci, kemudian lipat ke dalam, tekan2 sedikit dan susun dalam dulang pembakar, buat hingga siap dan bakar selama 25 minit atau hingga masak dan kekuningan. Sejukkan.
  2. Tekan sedikit bahagian tengah puff pasty, paipkan whipping cream dan susun buah peach tadi , buat hingga siap dan boleh hidangkan...

Post a Comment

5 Comments

  1. mmg mudah...sedap2!

    tp lg ske krim kastard

    ReplyDelete
  2. @ miss ran - dah tak sempat nak buat cream custard, guna apa yg ada jee..

    ReplyDelete
  3. CMG, sedapnya tgk pepagi ni. Kat Sabah susah nak jumpa puff pastry tu, rasanya cari sampai terkehel kaki pun tak jumpa kot.....

    ReplyDelete
  4. adoyaiii...baca sekali imbas..peach --> pecah...

    klik la nak tengok apa yang pecah..ahaks!

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.