Apam ni mat buat petang tadi, masa YM dengan Sunah, mat teragak pulak nak makan apam pisang, jadi bahan2 pun ada, projek pun on lah. Mat sekarang kalau buat kueh2 kukus guna pengukus elekrtik..Terima kasih mat pada "Chef Asma". Memang senang digunakan, lepas tu nampak kemas dan comel. Kalau anda berminat nak beli boleh ke blog Chef Asma di sini... Memang berbaloi sangat2...Ok jom semak resipi pulak...pstt jangan lupa kalau boring2 tu sila lah vote DTS-MAT GEBU di sini.... Terima kasihh... (^_*)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
Beberapa titi esen pisang
2 biji telur gred B
100 ml minyak jagung (mat guna minyak canola)
1/4 cawan gula perang @ soft brown sugar
150 gram pisang emas
1/2 camca teh soda bicarbonate
Secubit garam
Kelapa parut + secubit gram, gaul rata
CARA MEMBUATNYA :-)
- Lensser acuan apam dengan sedikit minyak. Ketepikan. Lecek pisang bersama soda bicarbonate dan secubit garam hingga lumat. Ketepikan.
- Pukul gula perang, telur dan minyak hingga sebati dan berkrim. Masukkan pisang lecek dan esen pisang, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
- Sudukan 3/4 penuh dalam acuan apam dan kukus 15 minit hingga apam masak. Hidangkan bersama kelapa parut tadi. Selamat mencuba untuk semua...
11 Comments
haizz..naper la suma makanan yang Mat Gebu masak nampak sedap je..hehe boleh share?
ReplyDeleteterliur je tngk apam pisang ni..akak mmng suka kuih2 mcm ni..ingat nak beli gaklah pengukus letrik tu...mudahkan..
ReplyDeleteuwaaaaaaaaaaaaaaaa... sedapnya!
ReplyDeleteteringat apam yg arwah mak Mas buat..
mat..
ReplyDeletepanas dalam bahaya..
panas luor kita belasah aiskrim jer..
wah.............
nyami..menyelerakan
che mat, kalo size apam che mat ni,
ReplyDeletedgn resepi agak2
dapat brapa bnyak ea che mat?
tq che mat!
:)
best! tabur colat rice sedap ni...
ReplyDeletenampak sedap ler apam pisang tu CMG... nak try nnt juga... ;)
ReplyDeleteperghh apam pisang.... nakkk
ReplyDeletemat.. setkat ni ok ke pakai steamer jenama tu? LL dh lama nk beli tp kat labuan nih restricted, apa komen mat pasal steamer tuh..loyang besar mana blh masuk mat..LL suka buat kek kukus. thanks klu sudi jwb.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteSemalam saya try buat resepi apam ni -- menjadi!!! gebus, lembut, sedap dan segala sewaktu dgn nya.
Terimakasih atas kesudian perkongsian resepi.
DARSITA
salam,
ReplyDeletesaya copy resipi yea. dan saya dah cuba buat. sangatlah gebu dan sedap.
tq.