Salam...wahh nak selit sikit N3 selingan. Tadi lepas mat publish N3 cucur tu maka lengkaplah 2000 entri dalam blog DTS-MAT GEBU. Tapi bukan 100% entri masakan, kira bercampur2 dan juga entri ulang tayang. Teringat N3 pertama mat dulu yang di sini...sekejap sungguh masa berlalu. Banyak kali mat dah cerita, blog masak2 ni ada kala perlu komitmen yang tinggi, tanya lah mana2 blogger masak2 hebat macam Kak Ummi Kuantan, MamaFami, Kak Ida, Datin Jun dan yang lain2. Kalau blog penulisan mereka memerlukan idea bernas untuk menarik pembaca. Kami blog masak2 selain pengisian itu penting, skill juga amat dititik beratkan. Ini kerana bila ada soalan yang bersangkut paut, kenalah menjawab. Dengan ini mat ucapkan terima kasih pada semua pengunjung, silent readers, followers dan pada mereka2 yang tidak sengaja tersinggah ke DTS-MAT GEBU. Tanpa anda semua apalah blog ini, cuma sekadar menghias arena dunia blogging yang bertaburan ibarat bintang2 di dada langit...

Oh yeaa..dalam kesempatan ini, mat mengucapkan selamat hari lahir pada Encik Abu Hasan Nudin bin Shamsuddin @ Abang Nu...Siapa pulak nih..Ehem..ehem, cuba tengok gambar tu, macho kan, gagah perkasa kan...panggilan manja Abang Rimau..aummmmm!!..Beliau lah suami Kak Ummi Kuantan @ Mek Rebit Jelita...toinggg!!....toinggg!!!!...haha..amponn kak. DTS-MAT GEBU doakan moga panjang usia, sihat sejahtera, murah rezeki dan diberkati Allah swt....Ampon dah maaf jika mat gebu suka sangat mengusik....Untuk kak ummi jugaa..moga anda berbahagia hendaknya...aminn....pstt nak pantun manja sat..ehem ehem...betulkan parking kejap..hehe...
CORAK SULAMAN BUNGA PERIA,
BERSULAM INDAH DI KAIN KASA,
SIHAT SEJAHTERA KEKAL BAHAGIA,
SEMOGA DIBERKATI ALLAH SENTIASA...