Hehehe...jumpa lagi, dengan N3 ringkas dan mudah dari mat gebu. Bila petang, dan tiba masak untuk makan malam, selalunya kita masak yang ringkas kan. Kalau boleh yang cepat dan mudah. Kalau lihat resipi ni biasa2 je. Ikan masak kicap dah selalu kita buat. Mat guna ikan pari. Tapi style masak kicap ni sikit lain, ada campur santan, bukan banyak setakat 2 camca besar siaaa. Makan dengan nasi panas.,...hmm sedapnya, ada sambal belacan dan ulam2.....pengsann. Patut lah budak2 suka masak kicap kan. Lagi satu masak kicap ni antara lauk utama dalam nasi ambeng, cuma ianya lebih kering, selalunya ayam masak kicap. wahh dah macam nak masak ayam masak kicap lah pulak....cubaannnnnn....Pstt..ada blog baru tau di sini...sudi2 kan lah yea singgah..bantu teman2 blogger kita...
BAHAN-BAHANNYA :-)
7 ketul daging ikan pari
1 camca besar cili kisar
1/3 cawan kicap lemak (mat guna kicap JALEN)
2 camca besar santan
1/2 cawan air
1/4 red capsicum, didadu kasar
1/4 yellow capsicum, didadu kasar
1/4 green capsicum, didadu kasar
1 batang leek, kerat dan rendam (optional)
1 biji bawang besar hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji tomato merah, cincang
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
7 ketul daging ikan pari
1 camca besar cili kisar
1/3 cawan kicap lemak (mat guna kicap JALEN)
2 camca besar santan
1/2 cawan air
1/4 red capsicum, didadu kasar
1/4 yellow capsicum, didadu kasar
1/4 green capsicum, didadu kasar
1 batang leek, kerat dan rendam (optional)
1 biji bawang besar hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji tomato merah, cincang
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan pari diperap dengan sedikit garam dan jus limau kasturi selama 1o minit, kemudian cuci, tos dan lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, gaul rata dan goreng hingga kuning keemasan, tapi jangan garing sangat. Angkat dan toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang dan cili kisar hingga harum, masukkan tomato cincang dan masak sekejap. Tuang air dan masukkan kicap.Kacau dan biar mendidih.
- Masukkan ikan, semua jenis capsicum, leek, santan dan juga bawang. Masak hingga pekat. Tambah sedikit gula. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi putih..
15 Comments
amboi2 sedap nyer,. nak sket nak sket nak sket
ReplyDeleteabg mat....
ReplyDeleteni ala2 masak kicap jawa,ada letak santan...:-)
mmg elok benau PCM post entri ni.. tengah lapau bebenau ni..
ReplyDeletecapcicum tu apa?
ReplyDeletesiap ade leek lg...
erm mcm susa je...tak santaipn=P
Sedapnya.. Terliur atul dibuatnya :)
ReplyDeleteMeh sepiring nak buat lauk malam nie :)
ReplyDeleteNew Entry "Dah panas buat aksi panas..."
err.bru tau nie > < nk try r..
ReplyDeletethnks2 ;D
Sedapnya Cik Mat. Err.. Cik Mat. Terima kasih bnyk2 sbb sudi kongsi tips dan cara pasal buat scandal. Kita dh buat mcm tu dan berjaya link dgn scandal. Selain dari tu, hari nie kita berjaya pomot Cik Mat kat kaum2 wanita opis kita. Skang semua dh ketagih blog Cik Mat plak.
ReplyDelete@ aziela - terima kasih utk puan juga... moga kita sama2 mendapat manfaat...saya cuma masak resipi biasa2 saja...
ReplyDeletelepas tgk terus lapar..
ReplyDeletehehehe ^^~
masak kicap bersantan??????
ReplyDeletetak pernah pulak mencubanya....huhuhu
@ nur - hehe, boleh cuba nanti, guna ayam pun sedap..
ReplyDelete@ sis linn - ha ah, letak sikit je linn, dalam 2 camca besar.Kalau ikan bawal pun sedap masak macam ni.
assalamulaikum cik mat...
ReplyDeletemmg best la resepi cik mat..
ader jugak cuba2 buat..tp nk tanya bleh tak cik mat bg alternatif lain sama utk bahan2 memasak cik mat..
saya teringin nk mencuba masakan baru tp masalahnya bahan2 asas aje yg ade kat rumah..lepas guna biasanya bahan terbuang g2 ajee sbb tak tau nk godek2 resepi..tq cik mat..
Kak cek tak penah lagi masak kicap bersantan ni...boleh la try nanti...
ReplyDeleteSedap nye Cik Mat ..resepinya sempoi dan senang dibuat..harus saya cuba resepi ni...best best..
ReplyDelete