Salam semua...waa ayam ungkep laaa, ishh mula2 mat kering idea nak masak, tiba2 ada sorang gadis UTM tu telah mensuggestkan "ayam ungkep"...tinggggg!!!, terus idea datang bergolek2... Dengan secepat kilat mat terus on kan projek. Haha, sori lahh "gegirl" ituu...pakcik mat tak niat nak tayang2 yeaa..ni semua idea anda..patik hanya menurut kewarasan fikiran yang tengah buntu masa tadi. Lepas ni kita cabar "budak mediaprima" buat pulak..amacam?...Masakan ni senang, guna minyak sikit je, buat tumis, ada juga yang tak tumis, tapi mat tumis lah sikit. Masak hingga kering, mat gunakan "bayleaf". Sebenarnya guna daun salam, tapi tak de, mat ganti dengan "bay leaf"...ok jomm semak resipi mudah ni..
BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ayam, potong saiz sederhana
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 biji cili hijau
10 - 15 biji cili padi merah
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
3/4 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ayam, potong saiz sederhana
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 biji cili hijau
10 - 15 biji cili padi merah
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
3/4 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serai dan daun salam @ bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam. Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
- Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam). Biar mendidih. Masukkan asam gelugor dan juga gula merah serta garam. Masak dengan api sederhana hingga kering. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..
19 Comments
Mana nak dapat 'Bay leaf' tuh?
ReplyDeletekat pasar macam tak pernah nampak je ..hehehehe . sedappppnyeee !~
tu diaaaaaaaaaa~~~~~~~~~~~~
ReplyDeleteLAPARRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!
@ myra - boleh beli kat tesco, giant, C4, JJ..
ReplyDelete@ sunah - erkk..hehe ada kah anda gadis UTM itu..hmmm..
ha? saya ke? ye ke saya??? hahahaha~ :p
ReplyDeleteyey!! air liur saya dah meleleh..!!
ReplyDeleteFilem yang akan membuatkan anda menangis : Nur Kasih The Movie. Sila klik utk preview ringkas
wah..kegemaranku..
ReplyDeletemy mum selalu buat..waktu arwah atok adew..setiap kitaowng balik arwah wajib buat..hahahahaha..tapi sekarang arwah dh x de..:(
ayam ungkep memang sedap.....
ReplyDeletewah CMG..sungguh menyelerakan..
ReplyDeletenak jugak!!!!!!!!!!!!
tetiba teringin nak makan makanan warisan keturunanku....hu3...
ReplyDeleteSodapnyaaa.
ReplyDeleteLapar Plk Tengok Makanan Tu..
xpernah makan ni..nak try blehhh?? adess!! lapowwww tetibee!!
ReplyDeletehi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog
UNGKEP itu apa? payah benor nak menyebutnya hehehe
ReplyDeleteNew Entry "Miera Leyana - Tak Sedar Baju Terlampau Seksi"
lauk feberet bila balik kampung... =)
ReplyDeleteati ayam ungkep pun besh!!!
nak masak jugak! sedapnya....ambik resepi - simpan dulu CMG..tk
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam mat gebu..howlenggahh..suka2 saya penah mkn kwn dari meru buat..sedap..saya suka ungkep daging..akhirnya saya dapat gak resipi sebenarnya...heheheheheh
ReplyDeletemat gebu,
ReplyDeleteayah sy suke gile msk lauk ungkep ni
mekasih sudi kongsi sini...lama dah nak buat tapi segan nak tanya kat mak...benarnya takut kena marah...hehe..dia masak x mau tengok...balik kang nak try buat..nanti sy cite hasil dia k...mekasih..
ReplyDeletebalik kerja ni nak masak ungkep ayam hutan menggunakan resipi mat gebu yang mudah lagi ringkas...tapi kalau tak de daun salam or bay leaf boleh tak?
ReplyDelete