SUP KENTANG RINGKAS...MELUR JELITA DATANG....

P1260086_picnik
Assalammualaikum, salam sejahtera...haha, hambik normal gila, macam nak bagi kuliah pagi..erkk jam 3 lebih pagi ke?..kuliah petang ada lah kot. Pagi ni mat sibuk sikit lah. Tadi pi beli barang sikit, jadi pagi bergegas masak secepat mungkin, dah lah aku baru ok, jadi masak pun lauk2 baru baik demam. kalau orang tengok sah2 depa kata..alahhh hai ni macam nya lauk aku pun leh buat..haha betul2, mat tak marah, sebab mat pun memang tau masak ni je, kalau masa tak de idea, kira ala2 lauk hujung bulan., Sup ni kira versatile, budak2 pun boleh makan, nak tambah bebola ayam boleh, nak tambah telur boleh dan macam2 lagi lah, gunakan idea yeaa..ok jom semak resipi mudah teramat sangat nih....ehh, sebelum tu nak war-warkan segmen dari blogger Melur Jelita....

Blog Melur jelita mengadakan satu segmen menarik, anda ingin di review oleh MJ (melur jelita okeyy...bukan malam jumaat!)...Sila klik sini dan baca syarat2 mudah....apa2 pun mat berterima kasih pada MJ...

BAHAN-BAHANNYA :-)

4 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji dan rendam
100 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
1/2 cekek soo hoon, kerat dan rendam
3/4 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar
5 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 kiub pati ikan bilis 'MAGGI'
Garam secukup rasa (nak letak serbuk perasa pun ok)
Serbuk lada hitam secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga harum. Tambah kentang (toskan) dan gaul rata, masak sekejap dan tuang air secukupnya. Biar mendidih dan kecikkan api, masak hingga kentang 1/2 empuk.
  2. Tambah fucuk (toskan) dan masak lagi, masuk soo hoon dan tambah garam secukup rasa dan juga serbuk perasa jika suka. Kacau dan biar mendidih. Bila fucuk lembut dan kentang empuk, rasa dan jika ok, boleh matikan api.
  3. Hidangkan dengan menabut hirisan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan. Tabur lada hitam sebelum dihidangkan...

Post a Comment

13 Comments

  1. take care.....

    patot la senyap..rupanya tengah cari bahan2 untuk tetamu yang nak datang sedenak :P

    ReplyDelete
  2. @ ady - tak juga saja melawat ladang sambil cuci2 mata...aku ngikut jeee..

    ReplyDelete
  3. yang ni, housemate saya yang johor tu pun suke buat...kitorang suke makan je...buatnye tak reti sangat..

    ReplyDelete
  4. oh yang ni mmg seswai untuk org demam mcm saya. nk try la mlm nih! :)

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
    Cara Dapat Side Income Dengan HeartBeat!

    ReplyDelete
  5. mat...dah sembuh eik...syukur sangat....

    ReplyDelete
  6. cm, anak kita suke sgt sup nih, kalau masak, bertambah2 ns, ske tgk.... boh telo pon ok gak :P

    ReplyDelete
  7. simple2 nie la lg best n blh makan bertambah2 lagi....ada plak ikan goreng n sambal belacan...

    ReplyDelete
  8. Salam Cik Mat,

    Terimakasih banyak - banyak sudi promote segmen saya.

    Alhamdulillah, dah sembuh ya Cik Mat.

    Apa la yang diterimakasihkan kepada saya? Cik Mat banyak jasa kepada saya sampai malu tak tahu nak bals macam mana.

    Semoga Allah merahmati Cik mat sekeluarga dan selamat dunia akhirat.

    P/s malam Jumaat? baru nak perasaan Michael Jackson

    he he he

    ReplyDelete
  9. kau tau mat, ni le lauk yg paling akak tak reti nak masak. pelik beno rasanye. kalau mak akak masak sedap je akak rasa.

    ReplyDelete
  10. menu ni..mak sy slalu wat klu tyme musim panas..sedap je mkn..tp sy suke ratah mcm 2 je..xske mkn dgn nasik..=)

    ReplyDelete
  11. Salm CMG, sup nie kalau demam, gigi dah kurang mmg best makan slow je masuk.. apapun saya suka juga sup nei best :)
    New Entry "Awas lelaki veteran!"

    ReplyDelete
  12. hmmm..walaupun simple tapi kalau makan kena pulak dengan sambal memang terangkat abg mat..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.