PAGI2 SUDAH PEDAS....SORI "BIGBOSS"...

P1260415
Assalammualaikum, selamat pagi seninn..amacam, lemau ke, biasalah kann saka2 cuti semalam masih bersisa, jadi tu yang rasa macam tak berapa nak rajinnn jee. Pagi ni mendung dan hujan gerimis. Atas permintaan mat goreng lah mee, sebagai sarapan, tapi tu lah mat, terpedas pulak goreng, alah bukan pedas mana, tapi abah kita kan jenis "baby" nya tekak, tak bley pedas sikit. Hmm nak buat macam mana, dah mak dia dulu masak semua jenis "mild", kita tak boleh nak salah kan sesiapa kann. Sebenarnya mat goreng ikut apa yang ada, udang pulak jenis yang besar jee, jadi mat ambik sikit, siang bersih dan kerat2. Udang yang besar tu sebagai perhias jeee, mat tak makan leer, takut gatal...nanti terlebih seksa koo, tak sanggup!....

P1260427
Tah macam mana tadi mat silap guna sudu, adehh, patutnya aku nak tumis 1 camca besar cili kisar, sekali terguna sudu cedok kopi!!....agaknya saiz dia 2 1/2 camca besar mcm tu, nak kata apa lagi, tumis jee lah sampai garing, nasib baik dah masak tak de pedas membunuh, pedas lite2 jeee...Mee tu kalau perasan, nampak bahan asas jee kan...huhu, kicap pekat pun tadi tengok2 dah habis, dah lah mee jadi ala2 goreng gaya kampung je..alah tak kesah lah...Ok jom tengok macam mana mat gebu masak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mee kuning, cuci dan toskan
1 cekak kuchai, cuci, dan kerat pendek2
1 mangkuk taugeh, cuci dan toskan
1 keping tauhu, dadu kecil dan goreng
2 biji telur, dikacau sedikit
3/4 cawan isi udang
1 camca besar cili kisar (nak pedas sila tambah yeaaa)
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 camca besar kicap pekat (tak letak sebab habis sudahh)
1 kiub ikan bilis "maggi"
Sos ikan secukup rasa
Hirisan daun bawang, sebagai hiasan
Bawang goreng sebagai hiasan
Belahan limau kasturi sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, tambah cili kisar dan kiub ikan bilis (hancurkan) dan tumsi hingga cili garing. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap pekat, kacau rata dan tolak tepi kuali. Masukkan telur dan bila telur kelihatan mengeras, kacau dan jadikan telur hancur, kacau rata.
  2. Masukkan tauhu dan air, kacau dan bila mendidih, masukkan mee kuning dan gaul rata. Tambah kuchai, gaul lagi, masukkan sos ikan secukup rasa, kacau dan masak sekejap. Tambah taugeh, gaul dan matikan api.
  3. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup, bawang goreng dan belahan limau kasturi...Hidangkan panas..

Post a Comment

17 Comments

  1. bro2 pinjam name nak letak kat blog leh tak..ehehe...

    ReplyDelete
  2. wow!!!ngamcam tol mee goreng abg mat pepagi nie...nie yang wat terliur nie...

    ReplyDelete
  3. lapor la plak kmaz tgk mee cmat ni..bak mai spngan..leh isi prut smbil tngu kreta siap ni..huhuu..

    ReplyDelete
  4. Sedap nye mee ade udang besO2 tuh cik mat!! heee

    ReplyDelete
  5. hihihi biasa tu, IEB pun selalu terbuat pedas gak mee kuning nie

    ReplyDelete
  6. suka mee yg di letak udang..walaupun selepas makaaaaaaaaaaaaaaan...bibir mgalah kan Jlo

    ReplyDelete
  7. cik mat, resipi banana walnut yogurt kek tu, yogurt tu yogurt drink atau yg yogurt keras ek? confuse skit.

    ReplyDelete
  8. macam tu pun dah nampak mcm sedap....mkn xtaulah huhuhuhu

    ReplyDelete
  9. Assalam CMG, tiba2 perut jadi lapar nengok mee goreng tu hehehe :)
    New Entry "Berat kes ini, kes akad nikah"

    ReplyDelete
  10. kALAU diperhatikan banyak sunggauh set cawan dan teko rumah mat. Cantik 2 pulak tu. Teringin nak satu. wakaka...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.