STICKY CARAMEL CHICKEN WINGS....PROMOT BLOG 2 - 15

P1250783
Assalammualaikum semua, dah makan tengah hari?.Hmm mat tak rajin nak masak, tapi masaklah juga yang mudah2, lauk bodo-bodo katanya, huhh ada ke lauk bodo2 pulak kann. Sticky Caramel Chicken Wings atau dalam bahasa melayu nyaa...huhh panjang sangat, ko orang pepandai lahhh letak, kalau tatau tengok kamus eks. Resipi mat ambik dari blog Kak Ayu Singapore di sini.. dia ni geng masak2, kira dah jadi teman alam cyber ni dah lama dulu. Kadang2kan bukan mat nak puji lah blogger masak2 ni. Kami macam ada satu "bonding" antara satu sama lain, sebab bila chat ke apa, bukan isu traffic, UV atau benda2 lain yang kami kerap cerita, cuma bincang isu2 berkaitan masakan dan teknik2 terbaru... Ok lah puji lebih2 kang lalat singgah pulak...ok nak promot lagi satu blog, kali ni geng masak2 dan antik yang mat tau agak lama juga....

Kalau sebut kak Ina KL, sapa tak kenal, sorang blogger wanita yang aktif dengan iklan nuffnang, disamping tu kak Ina ada gak menjalankan perniagaan biskut coklat chip..hadoii tergoda ai bila dengar...apa2 pun kalau anda nak tau lah apa cerr blog kak ina KL. sudi2kan lah singgah, klik sini... Ok masa untuk semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 keping kepak ayam (kalau besar kerat dua), cuci bersih dan toskan
2 camca besar minyak masak
3 ulas bawang putih, dititik dengan kulit2nya, tak payah kupas
1 camca besar cincangan halia
1 camca besar sos ikan
1 camca besar kicap
1 camca besar sos cili
7 - 8 camca besar madu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan kepak ayam, gaul rata dan masak dengan api sederhana selama 5 - 6 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap dan tutup kuali. Kacau sekali sekala hingga kepak ayam kelihatan bersalut, masak kurang lebih 15 minit. Biar hingga pekat dan warnanya bertukar perang keemasan. Angkat dan hidangkan...

Post a Comment

23 Comments

  1. 1st time nak komen!!! sangat mengghairahkan!!! damn! trus ke tesco beli kepak ayam sekilo! siap kau!

    ReplyDelete
  2. SEDAPPPPPPPPPPPPPPPP

    lapa pulak

    mak masakkan macam nie :))

    ReplyDelete
  3. yeaayyy...update jugak akhirnya. tangan tu mesti gatal2 kalau tak update kan :P

    ReplyDelete
  4. nampak sgt sedap.. and cam senang ja nak buat kan? bahannya tak complicated.. menarik nih utk menu next weekend hehe

    ReplyDelete
  5. CMG nak tanya..kenapa tak yah buang kulit bwg putih tu ye ?

    ReplyDelete
  6. CMG...saya dah cuba resipi ni..memang sedappp sangat! Dan simple..

    ReplyDelete
  7. woow! sangat menyelerakan. tapi tah bila boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  8. waaa nak menangis tengok kepak salut tu...yam-yam....

    ReplyDelete
  9. pergh...sdp nye..mglhkn ayam kenny rogers..uhu..
    cnfirm..nk try nnt alek uma..

    ReplyDelete
  10. Waaaaaaaaaaaaaa...melekit=lekit eh...i liiiikeeeee....menjilat jari...hehee

    ReplyDelete
  11. Mat gebu.. Garam tak payah letak eh?

    ReplyDelete
  12. @ anitafasha - tak, sebab kicap ikan dah masin, kicap dah masin, dan sos cili pun dah ada sikit garam.

    ReplyDelete
  13. Sedap, sedap. Nak try lah;-)

    ReplyDelete
  14. terus rasa lapar..nak pegi pasar malam ni..nak gi beli lah :p

    ReplyDelete
  15. mak aihhh terlapar terus tgh mlm.

    ReplyDelete
  16. abg mat... boleh tny? kalau takde sos ikan / udg /sotong, nk ganti dgn apa ye? sos2 sebgitu rupa tak laku kat rumah... jd takde stok.. mekasih daun keladi....

    ReplyDelete
  17. Firstly saya nak ucapkan billion terima kasih kerana disebabkan blog DAPUR TANPA SEMPADAN telah memberi semula suntikan semangat memasak yang lama terkubur selepas perginya arwah suami ke rahmatulah.
    Dulu arwah suami adalah orang yang paling gembira bila saya memasak.Tak lekang dari mulut arwah memuji masakan saya dan di canang ke semua rakan-rakan.Selepas arwah meninggal saya tak da mood nak masak kerana bila masak terkenang akan arwah.
    Tapi setelah surf blog mat gebu yang telah dirakamen oleh teman terus semangat memasak berkobar2 demi anak2 pulak.
    TERIMA KASIH MAT GEBU..anak-anak hari-hari bertanya mama nak masak apaya? Mat gebu masak apa ya?

    ReplyDelete
  18. nak tnya...kalo tak letak sos ikan boleh tak?? tak tau nak cari kt mana dan tak pasti kehalalannya... ada kt kedai tp tu la tak tau halal ke tak..

    tlg jwb boleh?

    ReplyDelete
  19. tgh2 morning sickness teruk (xbole mkn&minum)ni,bile je jenguk2 dapur che mat gebu terasa sume nk buat bile dah ok nti..suke blog ni!!

    ReplyDelete
  20. abang mat, mintak izin nak kongsi resipi ni kat blog.. boleh ye? terima kasih..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.