Salam semua, dah makan tengah hari?.. Hari ni mat masak udang dengan sos plum, ni ala2 sweet sour pun ada, tapi lebih ringkas. Udang ni mat cuma masak saja, lepas tu bungkus siap2 bagi kat anak2 buah yang balik dari sekolah. Sebelum tu mesti lah ambik gambar dulu untuk N3 blog. Masakan ini amat mudah, kalau dapat udang galah ke, lagi lah meriahhhh. Udang ni tak banyak, dalam 15 ekor macam tu, tapi saiz dia boleh tahan lah juga, sebaga saiz ibu jari mat gebu..wahh, besar gedabak ke saiz ibu jari si mat tu agaknya eks..hmmm..Ok jom semak resipi dia..
BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang saiz besar
1/2 camca teh lada sulah serbuk
1/2 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland, dibelah 6
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji green capsicum, didadu
1/4 biji yellow capsicum, didadu
1/2 batang leek, hiris dan rendam
1 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
1/4 cawan sos plum (mat guna jenama "LIFE")
Sedikit garam jika perlu
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang saiz besar
1/2 camca teh lada sulah serbuk
1/2 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland, dibelah 6
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji green capsicum, didadu
1/4 biji yellow capsicum, didadu
1/2 batang leek, hiris dan rendam
1 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
1/4 cawan sos plum (mat guna jenama "LIFE")
Sedikit garam jika perlu
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Udang dikerat hujung kepalanya, buang kaki dan janggut, cuci bersih, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan serbuk kunyit hingga rata. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
- Tinggalkan kurang lebih 2 camca besar minyak dalam kuali yang sama. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masuk sos cili thai dan sos plum tadi, kacau rata dan masukkan udang. Gaul hingga rata.
- Tambah red/yellow/green dan leek tadi, gaul dan masak hingga pekat dan sos menyaluti udang. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.
16 Comments
terliurnya tengok udang CMG berposing..menggoda tau..he..he...
ReplyDeleteDahlah tengah lapar ni... Udang CMG pulak menggoda... aishh
ReplyDeleteudang...fevrettt. CMG penah try jantung pisang goreng?
ReplyDeletehttp://tmd03081.blogspot.com/2011/01/pernah-makan-jantung-pisang-goreng.html
wah sedapnya boleh sya cuba. sya nak ikut blog awak ye.
ReplyDeletelama dah tak makan udang nih..sekali tgk terus berkenan lah....
ReplyDeletebagusnya pak sedara ni...alhamdulillah bg mkn anak yatim nanti rezeki bertambah....btw terliur nengok udang ni...nk msk tak ada lak sos plum kat sini..jamu mata jer lak..hehe
ReplyDeletemlm ni aibaks nak minta wife masak udang plum ni la..
ReplyDeletesalam che mat, mmg duk cari2 gak resipi yg guna sos plum.. k.nor copy & save dulu ya.. mekasih..
ReplyDeletesedappppppppppppppppppppppp.....sukaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletehe3....
esok nak masak udang guna resepi mat gebu la...menyelerakan...
ReplyDeleteEn. Mat .. kakchik mohon izin restu copy resepi eh. Eleh .. dulu2 copy tak mintak izin pon skrg lak nak mintak izin. Haha ...
ReplyDeleteSori En. Mat. Gurau .. Hihi ..
salam mat..
ReplyDeletesy baru je berjinak2 dgn dts hehe
dan sangat perasan y mat suke guna leek ;p boleh tau kenapa?
memang menggoda sungguh resipi cik mat ni..:)
ReplyDeletesy tak pernah lg try ape2 resipi guna sos plum..macam teringin tp tatau masakan yg macamana sesuai selain sweet & sour..hehehe..
* nk buat kek besday suami tp xde idea..cik mat ade idea tak?? hehe
sungguh menggebukan la udang tuh... hihihihi, geram lak tengok
ReplyDelete@ mas - kak, saya memang suka goda2 nya jenis....jahat tak?.
ReplyDelete@ ammar - tuu dia, memang menggoda pun, tapi terpaksa mat gebu tahan napsu serakah....sabar..sabar..
@ the nurul - feberet juga tapi kena dipantau pengambilannya..huhu..hmm dah skodeng jantung pisang tu..very niceee lahh..
@ asnah - terima kasih sudi follow dan jika ada yang berkenan, boleh lah mencuba yea...
@ watie - kalau dpt udang galah kan, perghh lagi sedappp..
@ nieza - terima kasih kak nieza, hmm dah tanggung jawab kita sebagai pak sedara kan...tak pelah berkorban sikit utk mereka..
@ aibaks - haha, yess, jangan lupa seru2 nama mat gebu kat udang tu, nanti jadi lagi sedap...
@ kak nor - orait kak nor, sila2, terima kasih jugaaa..
@ syamila - waaaa, terima kasih, terharu saya...moga menjadi ibu dan is3 kebanggaan keluarga..
@ kak chik - haha, kak chik, dah macam lagu raya pulak, sila2 jangan segan2 yeaa....aiman tak kesah..
@ beaubargain - salam, dan terima kasih sudi singgah ke DTS. Ok leek ni dia sebagai penambah manis dalam masakan, ianya juga mempunyai satu aroma yang wangi. Kalau kita buat stok ayam, boleh letak leek dalam air rebusan tu. Kalau perhatikan, chef2 negara luar negara pun banyak menggunakan leek dalam resipi mereka. Dann mat suka guna sebab kita kan ada "peranakan cina" nya blood, depa kan suka makan leek, elok juga untuk buang angin dalam badan.
@ cemong - salam,terima kasih puan, erkk suami puan nya besday pun januari kee..hmm suami puan suka makan apa?..
@ eelobor - saya lagi geramm sebab boleh tengok jee, huhu...
aah la cik mat..eh,cik mat pon lahir bln ni jugak ker?? hehehe..
ReplyDeletetulaa..suami tak suka ape2 berasaskan coklat..selain tu dia bedal je sume..* masih pening -_- *