SCRAMBLED EGG CRISPY SANDWICH

P1250178
Morning pagi Selasa untuk semua, dah sarapan?...Ni hari mat gebu sarapan Karipap tapi bukan buat, ayahanda beli kat warung hujung seberang jalan, kedai kak Mariah Carey katanya, kelasss kan. Tapi kan, tadi ada roti sandwich dalam 4 keping, masih elok dan belum tamat tempoh lagi, hmmmm, rasa2 nak buat apa yeaa dengan roti tu, kira resipi mudah lah, ala2 bidan terjun gunung punya. Apa kata buat sandwich telur hancur, lepas tu bakar dalam alat buat sandwich tu, yang boleh kasi garing atas bawah, pening ke pala, ishh, lupa pulak nak sertakan gambar. Nanti anda google lah yeaa...

P1250181
Buat dia mudah dan cepat. Mat letak sosej ayam dalam 1/2 batang yang didadu kecil, tapi tak letak garam, sebab mat guna sos thousand island, aku picit kan sikit dalam sandwich tu. Satu jelah kalau kita bakar guna alat tu, nak sedap kena makan hangat, kalau sejuk, takut keras pulak..not nice.. Oh yea bukan nak promot blog tapi saya lahh nak bagi link blog sorang jejaka yang ter over aktifnya di Sahabat Blogger, nama dia kat SB tu "Amal Espraza" blog dia kat sini, ala2 pelakon hindustan pun ada, orang Penang (ye ke?..) jadi mana2 makcik yang rasa kenan lah nak ambik jadi menantu, pastikan anak dara anda pandai masak "kari"..kalau tak pandai, kat DTS ada banyak resipi kari....erkk...

BAHAN-BAHANYA :-)
4 keping roti sandwich (mat guna gardenia)
Sos thousand island secukupny (atau sos pilihan anda)
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 batang sosej atau 2 biji cock tail, didadu kecil
1/2 biji bawang besar saiz sederhana, didadi
Sedikit lada hitam serbuk
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan sosej dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan kacau hingga hancur, gaul semua bahan2 dalam kuali tadi hingga rata. Tambah serbuk lada hitam, kacau, angkat dan sejukkan.
  2. Roti di potong 3 segi setiap satu. Ambil 1 bahagian isi kan dengan bahan no 1 tapi jangan penuh sangat, agak2, paipkan sedikit sos thousand island, kemudian tindikan dengan roti kosong. Buat hingga siap.
  3. On kan alat membakar sandwich, letakkan roti tadi dalam dia (biasanya boleh bakar 4 keping sekali gus) kemudian tutup dan bakar kurang lebih 3 - 4 minit atau tahap kegaringan yang anda inginkan. Hidangkan panas2 untuk sarapan pagi....Selamat mencuba!

Post a Comment

6 Comments

  1. Salam Mat, waaaaaaaaaaa...akak x minat nak makan sandwich ko nih...akak minat dan jatuh cintasss sama itu munger tea-set koo tuh..adeiii....jelesss jek!

    ReplyDelete
  2. ini kalau mkn time breakfast mmg best cicah kopi plak..hehe

    ReplyDelete
  3. mmm..dah test dah roti poket mat..sgt sedap..bes2...

    yg ni dah slalu wat tp xltk mayo..hehe

    ReplyDelete
  4. tengok sandwich mat ni sedih betul bila teringat sandwich maker akak yg punah dek kerana anak2.. entah camner jatuh bedebuk ke lantai.. dah jatuh tu.. faham2 sendirilah.. huwaa.. sedih.. kalo tak dulu senang nak bakor sandwich dlm tu...

    ReplyDelete
  5. penah gak buat roti cenggini tapi guna daging cincang..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.