P1250279
Selamat pagi Isnin yang dingin, hmm macam tu lah kampung mat gebu pagi ni, dingin, lembap dam mendung..sejukk..tapi i tetap HOT okeyy..wahh pitamm, alah mat gebu ni kan biasa2 saja, mana ada apa2..Tapi mat lagi suka macam ni, sebab apa, kalau ter xpose lebih, nanti jadi tak selesa, kita kenal antara kita sudah lah kan. Ok pagi ni goreng makaroni style mamafami..ringkas dan sedap..tapi itu lah, mat semalam borak2 dengan mama, aku macam tak berapa pasti lah bahan2 dia, jadi mat masukkan apa yang ingat saja....jadi mama, kalau ada kesilapan, jangan lupa bagai tau yea... (^_*) ...Dan pagi yang dingin ini DTS ingin memperkenalkan sorang lagi blogger dari SB yang boleh dikategori kan sebagai aktif juga...sapa ituu, jommmmm....

Waaa..ni kerabat ni, jangan memain, selamat pagi cikgu!!...Awangku Johan..perghh nama, klasik, gagah perkasa lagi....macam ni boleh lah tolong pakcik mat kat ladang kelapa sawit..hahah. Dia ni antara blogger yang rajin update blog dan menyertai segmen BA...nak tau kesah apa di blog beliau?...Boleh klik sini....

Oraitt..kita semak resipi pulak...terima kasih pada MamaFami...dan tahniah atas kemunculan resipi mama di Jelita Februari 2011...nanti dah beli guaa kasi review sama luu nya resipi eks..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram makaroni, rebus hingga lembut, toskan, simpan air rebusan
2 keping daging burger jenama Ramly (mat guna 1 saja, sebab ada 1)
1/2 camca teh jintan manis*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
3 kelopak kobis, cuci dan potong
1 biji cili merah, buang biji dan didadu
4 biji cendawan butang dalam tin, hiris nipis
3 camca besar sos tomato
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1/2 camca teh lada hitam
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan daging burger (hancurkan), kacau hingga rata. Tambah sos tomato, sos cili dan sos tiram, kacau. Tuang air 1 cawan (air rebusan makaroni tadi). Biar mendidih.
  2. Masukkan cendawan dan masak sekejap, tambah makaroni, cili hiris dan kobis, gaul rata. Rasa dan jika perlu tambah garam secukup rasa. Masak sekejap dan angkat. Tabur dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangakan, sedap dimakan panas2, biar makaroni sedikit berkuah...lagi sedapppp!!!!..