(~Gambar Ihsan Google~)

Selamat sejahtera semua, N3 petang ni mat nak terangkan pasal satu pekara di DTS - Mat Gebu. Mat sering menerima soalan mengenai dunia masakan, mana yang mat tau mat jawab kan lah, mana yang kurang jelas mat memang tak berani nak komen, takut salah nanti, siapa yang susah....matt jugaak!!. Mat gebu bukan lah seorang yang profesional dalam dunia masakan, pengetahuan yang mat ada hanyalah dari pengalaman, pemerhatian, pencubaan dan penderhakaan..ha bab derhaka ni adalah idea tulen mat gebu dengan menggabungkan bahan2 lain. Penjelasan mengenai sesuatu sebab musabab perihal makanan ni bukan kita boleh belajar dari segi teori sahaja. Untuk mendapat keputusan yang hampir betul, kita kena buat secara amali dan bila telah terhasil, baru lah kita tau mana silapnya, ada kah dari segi bahan2 atau pun teknik, teman2 blog masakan pun banyak membantu sebenarnya..terima kasih pada anda semua...

Ada satu soalan yang mat terima, kenapa mat selalu tulis jenama bahan2, contohnya, "Kiub Ayam "Maggi". sos cili "LIfe", rempah kari baba's dan lain2 lagi...Bukan apa, sedia maklumkan blog DTS dikunjungai ramai pengunjung (bukan nak bangga atau riak, tapi itu yang mat tau...) bukan semua mereka tu pakar (termasuk mat, bukan pakar setakat boleh2 saja..), dan mereka, ada tu pelajar2 IPTA/IPTS atau suri2 rumah yang baru mendirikan rumah tangga, jadi mereka agak keliru juga pasal bahan2 masakan. Ada antara mereka ber YM dengan mat dan tanya, Che Mat, u guna produk apa, jenama apa..nak cari kat mana...jadi untuk mengelakkan soalan macam tu terlalu kerap ditanya, mat tulis lah, bahan ni dari produk mana, Nestle ke, Maggi ke atau Life, boleh dapat kat mana (itu pun terhad, sebab mat kan duduk kampung). Dann, mat bukan dapat apa2 komisyen pun dari jenama2 produk ni, mat letak hanya untuk kemudahan kita bersama sebagai rujukan...tu saja..

Sebelum mat akhiri N3 selingan pendek ni, mat minta maaf jika terkasar bahasa, bukan lah nak rasa macam "bagus" dengan N3 ni, cuma sedikit penjelasan, harap maaf yea semua. Akhir kata salam sayang dari DTS-Mat Gebu, moga DTS dapat memberi manfaat pada kita buat masa sekarang dan juga akan datang.. insya allahhh....