P1240745
Salam semua, hmm kek lagi yea..haha, biasa lah, mat gebu kalau jiwa mengong melanda, mesti aku buat kek, lepas tu paksa orang lain makan. Sebenarnya tadi petang tak plan langsung nak buat kek ni, mat angan2 nak buat popia jejari ketam, tapi tu lah kita hanya merancang allah jua yang menentukannya. Masa ber YM dengan kekanda Ummi Kuantan, tiba2 dia bagi mat link blog "Jurnal Resipi Bdaria", bila mat tengok kan waaa, aku dah mula terpikat dengan itu kek, lagi pun plain yogurt memang tinggal sikit, jadi projek pun on. Tapi mat buat 1/2 je dari resipi asal, tu pun besar juga hasilnya. Rasa dia pada mat ok lah not bad, lembap dan lembut, tapi kan serius mat cakap, condensed milk pound cake tu juga yang sedap, mat pernah buat sikit masa dulu kat sini...

P1240747
Kek ni rasa dia lite2 dan tak manis sangat. Lembap pun yea juga, kalau sapa suka letak perisa pun ok, atau gunakan yogurt berperisa samada strawberry atau mangga. Kalau diperhatikan, tenik membuatnya ada sikit berbeza, walaupun pada dasarnya ianya masih dalam teknik cream method, perbezaan terletak pada penambahan yogurt itu sendiri, iaini pada saat akhir sekali. Apa2 pun terima kasih pada blog jurnal resipi bdaria kerana sudi berkongsi. Oh yea resipi kat sini telah mat jadikan 1/2 bahagian, untuk resipi asal, boleh klik sini.. Satu lagi mat nak selit kan sikit dalam N3 ni, Mat tertarik dengan penulisan blogger "Aku Anak Pahang" yang berjudul "Andai kitalah si anak ikan itu"..cuba anda baca disini....

BAHAN - BAHANNYA :-)
125 gram mentega, pada suhu bilik
2 biji telur gred B
1 1/4 cawan tepung kek (atau 185 gram, guna tepung gandum pun ok)*
1/2 camca teh baking powder*(*gaul rata dan diayak)
150 ml plain yogurt
100 gram gula halus
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh parutan kulit oren (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula halus hingga berkrim dan gula hancur, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masuk esen vanilla dan parutan kulit oren (jika guna). Putar rata.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata. Akhir sekali masukkan yogurt, gaul hingga rata dan tuang dalam tin berukuran 8 inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas (mat guna bundt-pan jenis silicone). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga masak.
  3. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidangkan...