Salam pagi Ahad semua, waaaa..ngantukss nyaaa. Semalam kan mat tidur awal sikit, tapi cuma 1 jam je, lepas tu jam 2 pagi terjaga sampai melantak ke pagi...huhu. Ni dah ngantuk, tapi tak biasa tidur siang atas sebab2 tertentu. Hari ni kalau ikutkan mat gebu cuti masak2, tapi disaat akhir ada pulak permintaan, hmm yang tu nanti lah, buat masa sekarang nak share satu resipi try and error, rasa not bad, mat buat sikitt jee...tu pun boleh makan untuk 2 orang. Ni ala2 spaghetti carbonara, tapi ni tak guna telur..i don like, lagi pun takut muak. Kalau resipi asli mereka guna krim, tapi mat guna susu cair + sedikit air. Lepas tu kan, tambah cili padi hiris pulak, baru yea, ni betul2 fusion...tapi jamin tak pengsan lepas makan. Ok semak resipi dia..
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu
1/4 bahagian green capsicum, dadu
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu
1 helai bay leaf
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL
1 keping meat loaf "ayamas", didadu
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu
1/4 bahagian green capsicum, dadu
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu
1 helai bay leaf
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL
1 keping meat loaf "ayamas", didadu
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air
CARA MEMBUATNYA :-)
- Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
- Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
- Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.
13 Comments
pergh! sedapnya cik mat.
ReplyDeleteingatkan somtam tadi.
rupanya spaghetti. menarik la.
sedap! terliur ni. hehe
thanks kongsi resipi ni.
miza nak cuba lah :)
saya tak rasa akan pengsan tuan...tp saya rasa akan tambah 2 pinggan lg...hehe
ReplyDeletepagi2 jengah dapur mat..anak daraku dah terpandang spegeti ni..tuntut janji dari minggu lepas nak makan spegeti..try resepi ni lain dari yang biasa.. :) thanks mat..
ReplyDeletePagi2 dh meleleh air liur tgk resepi CMG. Sedap tu!
ReplyDeleteArghhh!
ReplyDeletemelelehhhhhh!
Dah lama tak makan spaghetti carbonara kat pizza. Uh, beruntung jadi family members cik Mat. Mintak je makanan yang macam kat Pizza ke hape ke, mesti buleh ditunaikan punya. Jeles seyh.
ReplyDeletemenarik ni CMG.. nice.. boleh cuba.. kiranya cream tu leh ganti mcm CMG buat kat sini ye?
ReplyDeleteALL IN ONE
nyam2..so yummy...lapar ni...kak ina,jom kita pi terjah rumah mat gebu
ReplyDeletemacam menarik...slalu buat bolognese je...bosan..
ReplyDeleteSedap..anak2 makan bertambah-tambah :)
ReplyDeleteEntri terbaru Spaghetti Lemak Pedas
@ miza - hehehe, nampak mcm som tam lah, betul juga.
ReplyDelete@ eq - Boleh saja, asal tak pengsan.
@ ibu fahem - Sama2 dan boleh lah mencuba nanti..
@ CT - hmmm, not bad, tapi kalau yang tak makan, mat tak de komen apa2.
@ nursarah - hehehe, nak tissue.
@ azlina - nasib baik setakat ni kan, hanya budak2 je yg demand, orang dewasa mintak lauk kampung jee..
@ nur - biasalah mat gebu kan kaki derhaka, kalau guna whipping cream pun boleh, tapi tak de dalam stok pulak.
@ Eyriqazz - Haha, boleh, kak ina pun lom pernah sampai lagi...
@ nur - betul2, sekali2 kita kena derhaka sikit..
@ cik min - wawaaa..saya dah skodeng tadi..terima kasih sudi mencuba..
ehem...cik mat...cuba terangkan meat loaf tu apa ye...saya tak tahu..
ReplyDeletecedapnye tgk resepi nie....senang n ringkas je nk masak...=)
ReplyDelete