P1240350
Assalammualaikum, salam semua dah sarapan?...Ni hari mat sarapan terus merangkap makan tengah hari, sebab bonda berpuasa, jadi petang nanti baru masak. Kepala ni pening laa, mungkin kurang tidur, tah2 tekanan darah naik..errkk...seramm sehh!!.. Sebenarnya resipi nasi goreng kerabu ni adalah satu resipi "bidan terjun", guna apa saja bahan2 yang ada disekitar dan juga dalam simpanan. Malas lah nak fikir, mat masak je ikut rasa hati. Nampak macam susah tapi senang je. Pasal sayur2 tu boleh guna ikut apa saja yang anda rasa sesuai. Kalau ada ikan2 goreng semalam pun boleh digunakan, tak de masalah...((Terima kasih pada blogger "EELOBOR" pasal N3 mat gebu tuu..disini....))

P1240353
Nasi ni mat cuma letak sedikit jee garam sebab ianya dimakan bersama sambal air asam budu, tapi kalau yang tak makan tu, tambah lah garam secukup rasa, jangan risau. Dari segi keseimbangan, rasanya resipi ni agak sihat. Ini kerana penggunaan beberapa jenis sayur-sayuran dan ulam-ulaman. Mat tambah cili padi hiris untuk bagi rasa pedas, dan tambah lagi lada hitam bagi rasa berangin...nasib baik tak berasap telinga...fuhhhh!!...

Sebab mat cuma letak sedikiiittttt jee garam maka, masa nak makan tu, sudukan sikit sambal budu ke dalam nasi dan gaul...aduhh, lagi pedas sehhh, berapi2 mulut macam naga, siap keluar bahang panas lagi. Ini cuma idea, mat tak paksa ikut 100%, guna kan kretiviti dan fikiran logik anda, lagi pun macam kata mat gebu sudah2..yang nak makan tu anda dan keluarga, bukan orang lain, jadi buat biarlah seleras dengan selera mereka..janji mereka makan dengan gembira..

BAHAN - BAHANNYA :-)
4 cawan nasi semalam, dileraikan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 biji telur, dikacau sedikit
1 camca besar cili kisar
1 genggam ikan bilis, cuci dan toskan
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
Sedikit garam
1 cawan hirisan halus kobis*
4 batang kacang botol, hiris halus*
1 kuntum bunga kantan, hiris halus*
1 batang serai, ambik bahagian putihm hiris halus*
4 biji bawang merah, hiris halus*
3 kelopak salad, hiris halus*
2 helai daun limau purut muda, hiris halus*
10 biji cili padi hiris halus
2 camca besar kelapa, disagrai hingga perang dan tumbuk halus
Belahan limau kasturi

SAMBAL "BUDU" :-)
20 biji cili padi siam, merah
1/2 inci belacan
3 biji bawang merah
3/4 camca teh gula
1/4 cawan "budu"
1/2 cawan jus asam jawa
5 - 6 biji limau kasturi, ambil jusnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SAMBAL BUDU :- Tumbuk cili padi, bawang merah, belacan dan gula hingga halus. Masukkan budu, tambah jus asam jawa dan jus limau kasturi, sesuaikan rasa. Ketepikan.
  2. UNTUK NASI GORENG KERABU :- Ikan bilis digoreng garing, ketepikan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, serai hingga harum, masukkan cili kisar dan goreng hingga terbit minyak. Tolak ketepi kuali dan masukkan telur, kacau hingga hancur. Tambah sedikir garam dan masukkan nasi, gaul rata2. Masak sekejap.
  3. Perlahan kan api, dan masukkan semua jenis sayur yang bertanda (*). Gaul hingga rata. Tambah kelapa goreng dan juga cili padi, kacau lagi dan boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal budu....