Assalammualaikum, salam semua dah sarapan?...Ni hari mat sarapan terus merangkap makan tengah hari, sebab bonda berpuasa, jadi petang nanti baru masak. Kepala ni pening laa, mungkin kurang tidur, tah2 tekanan darah naik..errkk...seramm sehh!!.. Sebenarnya resipi nasi goreng kerabu ni adalah satu resipi "bidan terjun", guna apa saja bahan2 yang ada disekitar dan juga dalam simpanan. Malas lah nak fikir, mat masak je ikut rasa hati. Nampak macam susah tapi senang je. Pasal sayur2 tu boleh guna ikut apa saja yang anda rasa sesuai. Kalau ada ikan2 goreng semalam pun boleh digunakan, tak de masalah...((Terima kasih pada blogger "EELOBOR" pasal N3 mat gebu tuu..disini....))
Nasi ni mat cuma letak sedikit jee garam sebab ianya dimakan bersama sambal air asam budu, tapi kalau yang tak makan tu, tambah lah garam secukup rasa, jangan risau. Dari segi keseimbangan, rasanya resipi ni agak sihat. Ini kerana penggunaan beberapa jenis sayur-sayuran dan ulam-ulaman. Mat tambah cili padi hiris untuk bagi rasa pedas, dan tambah lagi lada hitam bagi rasa berangin...nasib baik tak berasap telinga...fuhhhh!!...
Sebab mat cuma letak sedikiiittttt jee garam maka, masa nak makan tu, sudukan sikit sambal budu ke dalam nasi dan gaul...aduhh, lagi pedas sehhh, berapi2 mulut macam naga, siap keluar bahang panas lagi. Ini cuma idea, mat tak paksa ikut 100%, guna kan kretiviti dan fikiran logik anda, lagi pun macam kata mat gebu sudah2..yang nak makan tu anda dan keluarga, bukan orang lain, jadi buat biarlah seleras dengan selera mereka..janji mereka makan dengan gembira..
BAHAN - BAHANNYA :-)
4 cawan nasi semalam, dileraikan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 biji telur, dikacau sedikit
1 camca besar cili kisar
1 genggam ikan bilis, cuci dan toskan
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
Sedikit garam
1 cawan hirisan halus kobis*
4 batang kacang botol, hiris halus*
1 kuntum bunga kantan, hiris halus*
1 batang serai, ambik bahagian putihm hiris halus*
4 biji bawang merah, hiris halus*
3 kelopak salad, hiris halus*
2 helai daun limau purut muda, hiris halus*
10 biji cili padi hiris halus
2 camca besar kelapa, disagrai hingga perang dan tumbuk halus
Belahan limau kasturi
SAMBAL "BUDU" :-)
20 biji cili padi siam, merah
1/2 inci belacan
3 biji bawang merah
3/4 camca teh gula
1/4 cawan "budu"
1/2 cawan jus asam jawa
5 - 6 biji limau kasturi, ambil jusnya
CARA MEMBUATNYA :-)
Nasi ni mat cuma letak sedikit jee garam sebab ianya dimakan bersama sambal air asam budu, tapi kalau yang tak makan tu, tambah lah garam secukup rasa, jangan risau. Dari segi keseimbangan, rasanya resipi ni agak sihat. Ini kerana penggunaan beberapa jenis sayur-sayuran dan ulam-ulaman. Mat tambah cili padi hiris untuk bagi rasa pedas, dan tambah lagi lada hitam bagi rasa berangin...nasib baik tak berasap telinga...fuhhhh!!...
Sebab mat cuma letak sedikiiittttt jee garam maka, masa nak makan tu, sudukan sikit sambal budu ke dalam nasi dan gaul...aduhh, lagi pedas sehhh, berapi2 mulut macam naga, siap keluar bahang panas lagi. Ini cuma idea, mat tak paksa ikut 100%, guna kan kretiviti dan fikiran logik anda, lagi pun macam kata mat gebu sudah2..yang nak makan tu anda dan keluarga, bukan orang lain, jadi buat biarlah seleras dengan selera mereka..janji mereka makan dengan gembira..
BAHAN - BAHANNYA :-)
4 cawan nasi semalam, dileraikan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 biji telur, dikacau sedikit
1 camca besar cili kisar
1 genggam ikan bilis, cuci dan toskan
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
Sedikit garam
1 cawan hirisan halus kobis*
4 batang kacang botol, hiris halus*
1 kuntum bunga kantan, hiris halus*
1 batang serai, ambik bahagian putihm hiris halus*
4 biji bawang merah, hiris halus*
3 kelopak salad, hiris halus*
2 helai daun limau purut muda, hiris halus*
10 biji cili padi hiris halus
2 camca besar kelapa, disagrai hingga perang dan tumbuk halus
Belahan limau kasturi
SAMBAL "BUDU" :-)
20 biji cili padi siam, merah
1/2 inci belacan
3 biji bawang merah
3/4 camca teh gula
1/4 cawan "budu"
1/2 cawan jus asam jawa
5 - 6 biji limau kasturi, ambil jusnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK SAMBAL BUDU :- Tumbuk cili padi, bawang merah, belacan dan gula hingga halus. Masukkan budu, tambah jus asam jawa dan jus limau kasturi, sesuaikan rasa. Ketepikan.
- UNTUK NASI GORENG KERABU :- Ikan bilis digoreng garing, ketepikan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, serai hingga harum, masukkan cili kisar dan goreng hingga terbit minyak. Tolak ketepi kuali dan masukkan telur, kacau hingga hancur. Tambah sedikir garam dan masukkan nasi, gaul rata2. Masak sekejap.
- Perlahan kan api, dan masukkan semua jenis sayur yang bertanda (*). Gaul hingga rata. Tambah kelapa goreng dan juga cili padi, kacau lagi dan boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal budu....
14 Comments
Salam Cik Mat,
ReplyDeleteSya gemar makan Nasik Kerabu tapi nasi grg kerabu tak pernah try.. Tapi lau Cik Mat buat sure samer sedap jer kan.. Erghhh budu?? Seeedapnyer.. huhu.. Cik Mat pernah try makan budu ngan magga kecik tuh. org kelantan panggil buah pauh. sedap.. try lah..
boleh lah masak tuk cik abang,suka sangat budu nih..
ReplyDeletesedapppppppppppppppppppppppppp
ReplyDeletesalam ziarah...
ReplyDelete~sedap nmpak nyer nsi kerabu ni.
Nak try buat coz senaang jer kaedah nya bagi yang baru belajar.
wuaaaa...lapar lak...pagi tadi x sempat breakfast..
ReplyDeletegulp...telan air liur je la tgk nasi goreng kerabu ni..huhu
sedap budu.rindu nak makan budu..ngn ikan singgang..hoho
ReplyDeletesy nk jemput abg mat gebu berlakon lam filem saya.. hahaha..
http://since-8-july.blogspot.com/2010/12/andai-aku-seorang-pengarah.html
sedap nampak N.G.K tu mat...
ReplyDeleteakak ni kalau ada stok budu kat rumah.. mulalah mencari2 pucuk ubi untuk dibuat ulam dengan nasi... pucuk ubi rebus cicah ngan budu yg dipecah2kan cilipadi & perahan limau nipis.. aduhh.. sedapnya.. meleleh air liur dibuatnya..
ehhh mat! hati2 tau... akak takut je kot la ko kepedasan mkn N.G.K tu.. pastu ko kelam kabut nak minum air terus ko capai cawan budu tu.. hehehe......... gurau je mat.. jangan maree yer...
Salaam Encik Mat Gebu....
ReplyDeleteNak tanya sikit...kat mana you beli set pinggan, cawan & teko untuk hidangan nasi kerabu ini?
kenet narr mangkuk budu tuh!! tk cukup nih!! (mokwo peminat setia budu)..biasa nyer kalau goreng nasi, mokwo tambah budu semasa menumis bawang..ala2 gantian sos ikan
ReplyDeletenaaaaah!..kecur lio la plak...yum yum yum..bace yg mokwo pla bertambah2 la kekecuran ni huhu..BUDU OH BUDU...
ReplyDelete@ messt mummy - Biasa lah, ini derhaka nya nasi kerabu..haha boleh macam tu?..
ReplyDelete@ syahida - Waaa..lepas ni mesti abg lagi sayang...hehe..
@ cik firus - hehehe, pengsaannn!.
@ evinese - mudah kan, nanti senang2 boleh mencuba yea.
@ eda - alah hai kesiannya....tak pe ni dah malam, mesti dah kenyang kan.
@ norfa - waaaaa..budu sedap kan..erkk belakon filemm..ehem ehem, ok sat kang saya skodeng..terima kasih.
@ madiha - hahaha, kalau terminum sambal budu tu, alamatnya pitam 2 hari 2 malam..
@ rahayu - hmm tu saya beli merata, ada tu fresh from kedai apek dan ada juga saya beli on9.
@ mokwonik - eh sama lah kita, kalau keputusan sos ikan, saya guna je budu sebagai ganti..
@ norhafiza - hahaha, tu lah, kecur kan..hmm
salam, org johor suke budu jugak ye...bagus la selera global.
ReplyDelete@ ma'chiks - Saya ni semua ok, tempoyak, budu, cencalok, petai semua jalan, cuma jering dengan kerdas je tak makan..
ReplyDeleteNampak sgt sedap & menyelerakan. Tahniah che mat. Sy suka dtg blpg ni bl xde odea n resepi dlm blog che mat pasti menjadi bl sy cuba ☺
ReplyDelete