P1240584
Assalammualaikum, salam Isnin. Dah sarapan ke semua?.. Ok pagi ni kan mat nak share satu resipi fusion, selalunya orang goreng makaroni ala2 mee goreng, tapi kali ni mat cuba goreng berempah, tapi guna rempah kari saja. Mat memang goreng lebih dan tinggal sepinggan tu je untuk mat, yang selebihnya telah dihijrahkan ke rumah anak buah ku. Resipi ni senang saja tak banyak karenah, cepat disiapkan yea juga. Kalau tak de makaroni boleh guna apa pesen pasta yang anda suka, tapi mat rasa makaroni sesuai. Lepas tu rencah dia ikut suka anda nak letak, udang, sotong, daging dan ayam pun boleh....

P1240587
Nampak tak daun kari tu, yang tu pucuk kari, jadi boleh makan sekali dengan makaroni tu. Rasa nya tak pedas, kalau nak pedas boleh lah campakkan cili padi sikit. Rasanya budak2 pun orait juga resipi ni, cuma bagi yang tak suka makan kari, mat tak boleh nak kata apa lah kan, selera manusia ni kan berbeza. Tapi anda boleh lah goreng ikut gaya anda sendiri, tak de masalah. Pesal lah idea nak menulis tak de, tiba2 otak jadi blurr..hmm, apa eks nak masak tengah hari ni, macam malasss jee lahh.. Hmm jomlah semak resipi.

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram makaroni, rebus hingga lembut dan toskan
1 biji bawang holland, dadu kecik
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji tomato merah, cincang halus
1/2 camca besar cili kisar
1 tangkai daun kari
1 1/2 camca besar rempah kari, bancuh dgn sedikit air
Sebesar penumbuk bunga kobis, potong sekuntum2
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji green capsicum, didadu
1/4 biji yellow capsicum, didadu
1/2 cawan hirisan sotong
1 keping fish cake, hiris
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos cili thai
1 camca besar sos tiram
Sedikit kicap cair
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang holland, bawang putih, daun kari dan tomato hingga layu, masukkan cili kisar dan rempah kari, tumis hingga pecah minyak. Tambah sos tomato, sos cili thai dan sos tiram, kacau dan tuang sedikit air.
  2. Masukkan sotong, fish cake, bunga kobis dan red/green/yellow capsicum tadi, kacau rata dan masak sekejep. Masukkan makaroni dan gaul rata. Rasa dan jika perlu tambah kicap cair secukup rasa. Masak sekejap dan angkat, hidangkan segera...