Salam..pagi2 dah buat mat gebu ketat, aku tau lah aku ni teruna, lom kawen, seal sirim masih belum terkopek. Tapi kes-kes yang macam ni lah buat kan mat gebu dan blogger masak2 lain bertambah2 ketat. Pada tuan punya blog "Yummy", sila ambil perhatian sikit, kenapa lah anda ni degil sangat2, blog masak2 tapi resipi dan gambar main kaut sehendak hati milik blogger lain, satu hal lagi, dah mat gebu tinggalkan pesanan kat ruangkan komen anda disini.., mengenai setiap resipi yang diambil tu, perlu diletak link ke tuan punya blog, mustahil anda tatau...

Mat turut bersimpati dengan blog masak2 yang lain, sebab hasil titik peluh kami diambil sewenang-wenangnya. Dulu majalah SAJI, tapi dah lepas dan berlalu, Kini timbul pulak blog yummy..susah lahh. Mat bukan lah kesah sangat, tapi gunalah saluran dan cara yang betul, hak orang kita ambik tanpa izin, berdosa, waima pun hanya gambar. Harap kalau puan tak nak timbulkan masalah, elok lah sekiranya puan simpan blog tu untuk diri sendiri. Jangan bukak untuk tatapan umun..

Gambar kat atas tu hanya 1 yang mat letak, ada lagi rasanya kat blog dia, termasuk lah resipi dan gambar masakan kak ummi kuantan, kak liza, kak nor secubit garam, hana jepun dan beberapa orang lagi..Arghh malas nak cakap dah, kali ni kalau tak perbetulkan, kami blogger2 masakan akan mengambil tidakan sewajarnya...harap puan maklum pekara ini..