Salam petang semua, selamat berjumpa kembali, ni secara kebetulan mat masak nasi ayam serai madu, kerana nak habis kan stok beras basmathi yang berbaki kurang lebih 500 g macam tu. Semalam mat ada simpan stok air rebusan ayam kampung jadi cukup2 je untuk masak nasi ni. Masa kemas2 peti sejuk, ada pulak serai, wahh terus derhaka, biasalah nama pun mat gebu. Sekarang ni kan mata asyik ngantuk jee lahh, tensen, mungkin sebab mat tidur lewat dan bangun awal...pening kepala kadang2. Tapikan mat sibuk2, tak delah sesibuk jiran sepagar tuu, sampai nak makan pun tak sempat, kesiannkan...hmmm, tak pe lah Ben, koo makan hati je sama macam aku, kenyang juga..huhu...
Haa, sebelum terlupa, ni mat ambik award, dari blog "shagcomot", terima kasih atas kesudiannya memberi award, terharu nihh...nanges sat...huhu. Lagi mat gebu nanges bila kena jawab soalan...nasib baik 3 jee..kalau 30...pengssann pak tua mu ini!!Tak pelah demi blogger generasi baru, mat buat juga..
Nama penuh anda...
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit
6 cawan air rebusan ayam
1 camca besar madu
3 batang serai, dititik
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar hiris
1 inci halia, diketuk
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis )
2 helai daun pandan, disimpul
1 pokok daun ketumbar
Garam secukup rasa
2 camca besar minyak sapi
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Haa, sebelum terlupa, ni mat ambik award, dari blog "shagcomot", terima kasih atas kesudiannya memberi award, terharu nihh...nanges sat...huhu. Lagi mat gebu nanges bila kena jawab soalan...nasib baik 3 jee..kalau 30...pengssann pak tua mu ini!!Tak pelah demi blogger generasi baru, mat buat juga..
Nama penuh anda...
- Erkk...perlu ke, adehh, habis lah semua orang tau--> Adnan Bin Ibrahim.
- Orang kata DTS blog lama, jadi DTS polow blog shagcomot untuk memberi semangat supaya rajin berblog..
- Adoii, yang ni mat susah nak cakap. Ok lah dari pandangan mat gebu kan, blog shagcomot tak de masalah apa, loading pun licin tak sangkut2. Sesuai lah blog tu dengan jiwa seorang remaja. Hmm lagi apa yea..tak de kot...hehe..
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit
6 cawan air rebusan ayam
1 camca besar madu
3 batang serai, dititik
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar hiris
1 inci halia, diketuk
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis )
2 helai daun pandan, disimpul
1 pokok daun ketumbar
Garam secukup rasa
2 camca besar minyak sapi
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan madu dalam stok ayam, kacau rata, ketepikan. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan rempah tumis, daun pandan, bawang besar, halia dan bawang putih. Tumis hingga wangi. Masukkan beras dan goreng selama 1 - 2 minit.
- Alihkan ke dalam rice cooker, tuang stok ayam + madu, tambah garam secukup rasa, serai dan masukkan daun ketumbar, kacau rata dan tanak seperti biasa. Biar hingga nasi betul2 masak.
- Gembur kan nasi dan boleh taburkan hirisan daun sup dan daun bawang sebelum dihidangkan bersama lauk2 kegemaran....Selamat mencuba untuk semua..
3 Comments
salam cik mat..
ReplyDeletemakan hati tak apa...kenyang juga.. i like.....heheheh
tq syer nasi serai nie yer...nampak sedap jer...
psst..ramai dah tau nama glemor cik mat...ala-ala chef gitu
Hehe. Tayang award tengah tengah entri macam best pulak tgk. Macam iklan kejap. Hahaha ;DD
ReplyDeleteThanks sebab En Mat Gebu sudi amik award ni dan jawab soalan tah pape dari Shag ;P
psst. Nak masak nasi tu, kena pakai beras basmathi jeke baru sedap? Hiks.
salam ayu...
ReplyDeleteWaaaaa...saya makan hati, tapi ni dah ok, tadi ketat dah ok juga, tu ben sampai buat N3, ala2 tuju kat saya..huh..
salam ros...
Sama2..beras super tempatan pun boleh, tapi tang stok ayam tu kena sukat lain..