WHITE CHOCOLATE CUP CAKE.

P1230815
Salam semua, ok nak share N3 sebelum masuk tidur, esok Sabtu kan mesti banyak rancangan yang telah dirancang. Mat tiba2 macam dah malas nak masak, mood pun setakat ala2 jee..masa ni dah mula lah rasa, macam nak slow down, tapi tu lah hati ku tetap bersemangat nak share dengan anda2 semua apa yg mat buat. Resipi hari ni sebenarnya mat derhaka, tapi kan tak berapa nak cun lah. Respi asal guna coklat masakan, tapi stok coklat habis, cuma ada coklat putih. Hmm, jadi keputusannya, mat belasah jee guna...waaaa, jadi juga tapi kurang seksis u..hahaha, tapi cun juga kan...

P1230819
Resipi asal dari Yani, cuma mat rasakan guna coklat putih ni, gula kena kurangkan lagi, manis lah, kalau guna coklat biasa tak perlu lah kurangkan. Resipi ni menghasilkan kurang lebih 9 biji cup cake bergantung pada saiz bekas yang anda gunakan. Hmmm, aduh nak tulis N3 pun hati berat...takpe2 esok lusa insya allah mat gebu ok....Pada jiran sepagar...terima kasih yea teguran anda....Biasalah mat gebu bukan lah insan yang sempurna, ada kala tergelincir juga, waaaa malas nak cita...boleh lah baca N3 kesedaran tu kat sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram coklat masakan putih
70 gram mentega
2 biji telur gred B
50 gram gula halus (mat letak 40 gram)
60 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)


CARA MEMBUATNYA:-)
  1. Cairkan coklat secara kaedah "double - boiler" dengan api kecil hingga coklat cari, masukkan mentega, kacau rata hingga mentega cair dan sebati. Ketepikan, biar suam.
  2. Pukul telur dengan gula hingga gula larut, tak payah sampai kembang. Tuang ke dalam coklat tadi, sambil dikacau pantas hingga sebati.
  3. Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali tambah esen vanilla, kacau sebati. Sudukan ke dalam muffin cup 1/2 penuh, bakar pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak..
CATATAN MAT GEBU :- Lepas masak, ia akan turun sikit, tapi kalau nak cuba boleh tambah sedikit lagi tepung. Pada mat lah ini kerana coklat putih dan coklat biasa tu berbeza tahap kecairannya. Terpulang jika anda nak guna coklat masakan biasa pun tak de masalah..

Post a Comment

9 Comments

  1. caya la mat, tetap cun, gebu gitu:) Bole try ni..

    ReplyDelete
  2. salam berkenalan di alam maya...cantik cup cake tu terbentuk je.

    ReplyDelete
  3. sam en.mat..tima kasih boleh cuba ni..tapi nak cuba guna coklat cadbury yang bukan coklat masakan..tapi yang biasa kita makan tu boleh tak..

    ReplyDelete
  4. mat,dalam malas2 pun,dalam takde mood pun...cup cake ttp menjadi,tetap gebu,tetap menarik seleraku..

    ReplyDelete
  5. salam mamma olyn..
    Harus cuba yeaa...

    salam ma'chiks...
    Salam kenal juga, terima kasih sudi singgah dan tinggal jejak.

    salam kak erna...
    Boleh saja kak, tapi kan gula ru rasanya kena kurangkan, sebab coklat masakan tak de lah semanis coklat susu.

    salam kamsiah...
    Hehehe, saya ni kan, kalau sempat mesti masukkan 3 N3 sehari dalam blog, jadi tu yg buat sikit2, nasib baik ada anak2 buah..mereka jadi mangsa mat gebu..

    ReplyDelete
  6. salam cik mat..
    kalau resepi kak yani tu saya penah cuba.. memang best!

    ReplyDelete
  7. lama dah tak buat cupcake..tak ada moodlah mat..tak dak orang nak makanlah

    ReplyDelete
  8. Salam cik mat...
    Akak tengah sukaaa sangat buat cupcakes & muffin skarang ni...hehe
    resepi cik mat ni mesti nak kena terai buat nih, kebetulan ada coklat susu kat umah... thx ya cik mat :)

    ReplyDelete
  9. salam cik mat.. tahu x any resipi white chocolate macademia cake yg mcm secret recipe?? tgh mencari2 ni..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.