KACANG BUNCIS GORENG PEDAS

S2
Hmmm, buat apa tu..Aduhh bosan tahap cipan ni, kepala macam cenoneng jee, nasib baik selsema dah ok. Mood pun setakat ala2 jee, malas nak buat apa2..Nak tidur tapi mat gebu "pantang" tidur siang...atas sebab2 tertetu. Habis tu kan dari mengantuk tak tentu hala, baik lah mat masukkan N3 baru yang cikai..Uikk cikai2 pun bukan ulang tayang tapi masakan hangat dari dapur mat gebu. Bukan apa, kot2 lah kan anak2 gadis remaja yang baru nak berjinak2 memasak, boleh lah mereka ambik2 idea. Sedia maklum yea masakan dalam N3 ni bukan untuk mereka yang dah pakar dan expert, yelah kan sapa lah tatau masak sayur macam kat atas tuu...betul tak?...haha, baik ngaku, tipu dosaaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 tangkai kacang buncis, hiris serong
7 kuntum cendawan butang, hiris
1 keping tauhu keras, dadu kecil
1 cawan sotong yang telah dihiris
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, dititik
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
5 biji cili padi, diketuk
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
1/4 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah, cili hijau dan cili padi hingga layu, masukkan sos tiram, tauhu dan cendawan, kacau rata dan masukkan sotong, masak sekejap.
  2. Tambah kacang buncis dan garam secukup rasa, gaul dan tuang air. Masak hingga kacang layu tetapi masih rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan segera bersma nasi dan lauk2 lain.

Post a Comment

5 Comments

  1. ni kalau saya ni..mesti konfius yang mana cili ijau dan yang kacang buncis ni....ha ha ha!

    ReplyDelete
  2. salam myra...
    Hahaha, adoii betul juga kan, sebab nampak sama jeee...

    ReplyDelete
  3. salam cik mat...

    wpun msk sayur..tp nmpk sdp je..

    p/s: cik mat ni pandai buat lawak la..ayat cik mat "tipu dosa" tu buat saya senyum sorg2 je...kdg2 kt pej kwn2 saya baca ayat2 lawak cik mat mereka pun suka...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.