Salam Jumaat yang mulia untuk semua. Hari ni mat masak tom yam, sebab nak bilas tekak yang macam dah tak boleh masuk masakan bersantan. Tapikan, hari ni nya tom yam semua "UBAT", hehe, bayangkan sotong, udang dan ketam...Tiga serangkai tu beb..kalau terlupa makan ubatnya, bergaru sakan leer gamaknya. Tapi kan, benda2 segar ni memang akan menghasilkan tom yam yang manis dan sedap tanpa menambah serbuk perasa. Mat guna pes tom yam sedia pakai jenama "LIFE". Kalau nak dimasukkan ayam pun ok juga tak de masalah. Lagi satu kan, mat guna stok rebusan ayam sebagai kuahnya...Hmmm kalau teringat2 jus limau nipis yang dicampur pada saat2 akhir dalam tom yam tu, aduuhhh bikin kecur tekak guaa siaaaa...
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ketam saiz besar, dibersihkan dan kerat 2 setiap ekor
2 ekor sotong saiz sederhana, dibersihkan dan kerat gegelang
10 ekor udang saiz sederhana besar, dibersihkan, cuci dan tos.
1/2 batang lobak merah, hiris serong
3 batang putik jagung, hiris serong
1 batang saleri, hiris serong
8 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap kuntum
1 biji bawang besar, belah 4
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
1 biji tomato, belah 6
1 pokok daun ketumbar, dicuci bersih dengan akar2nya sekali
10 biji cili padi siam warna merah, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
2 camca besar penuh pes tomyam jenama "LIFE"
2 biji limau nipis, diperah jusnya
Sos ikan secukup rasa @ garam
2 liter air rebusan tulang ayam @ air biasa
Sedikit gula
Hirisan daun ketumbar untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ketam saiz besar, dibersihkan dan kerat 2 setiap ekor
2 ekor sotong saiz sederhana, dibersihkan dan kerat gegelang
10 ekor udang saiz sederhana besar, dibersihkan, cuci dan tos.
1/2 batang lobak merah, hiris serong
3 batang putik jagung, hiris serong
1 batang saleri, hiris serong
8 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap kuntum
1 biji bawang besar, belah 4
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
1 biji tomato, belah 6
1 pokok daun ketumbar, dicuci bersih dengan akar2nya sekali
10 biji cili padi siam warna merah, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
2 camca besar penuh pes tomyam jenama "LIFE"
2 biji limau nipis, diperah jusnya
Sos ikan secukup rasa @ garam
2 liter air rebusan tulang ayam @ air biasa
Sedikit gula
Hirisan daun ketumbar untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Masukkan air kedalam periuk, tambah pes tomyam, serai, daun limau purut, lengkuas titik, cili padi, daun ketumbar bersama akar2nya dan bawang besar. Kacau rata dan biar mendidih.
- Masukkan lobak merah, saleri dan cendawan. Bila lobak sedikit lembut, masuk ketam dan udang. Kacau rata dan tambah putik jagung. Masukkan sotong dan perasakan dengan sos ikan secukupnya atau garam. Masukkan sedikit gula. Biar mendidih.
- Akhir sekali masukkan tomato dan jus limau nipis, rasa dan jika kurang masam tambah lagi. Biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan panas..
11 Comments
tak pernah cuba tomyam paste LIFE..so far pkai yg Adabi tu..
ReplyDeletenanti nak cuba yg LIFE plak..mesti sedap!tq Cik Mat..
salam CMG
ReplyDeleteoo life ade tom yam paste :),terima ksh info ni
demam2 ni pekena tom yam blh sihat ni,hehe
aiguuuu tomyam... rindunya rindunya... u make me hungryyyy
ReplyDeleteabg mat wat kite terliur jer.. dah laa xlunch lg nih.. dap nyer..
ReplyDeletemeriahnyer tomyam.. lg dasat perut ni bunyi2 biler tgok gmbr tomyam tu.. :)
ReplyDeletesame la kiter mrs Gee, lom lunch lg nih..
xpenah dengar tomyam ada ketam...
ReplyDeletenie mmg special nie.....
yummy
wife jarang buat tomyam pakai perencah ni..dia buat perencah style sendiri-cara orang kelantan-siam..hehe
ReplyDeletetapi yang ni memang wallah...kaya betul dengan lauk :)
salam...adehh...byknya lauk.tetiba rasa lapar ni.hehehe...
ReplyDeletetomyam seafood.. sedapnye...
ReplyDeletesalam kalamhati...
ReplyDeleteSaya sebelum ni guna yg dari thai, tapi sekarang tukar selera guna LIFE punya pulak.
salam peripia...
Sama2 kasih..
salam avatar cun...
alalalaaa, kesiannyaaa..
salam mrs gee..
Waaa, kalau dekat boleh join mat gebu kita makan sama2..
salam miss R...
Biasalah mat gebu kan suka meriah dan byk xsesori..hehe
salam aima...
Try letak ketam, memang sedap, tapi kalau dpt yg fresh lagi sedap.
salam inchik moza...
waaaa...boleh ;ah share resipi dengan saya..
salam azila...
Hehehe, memang kan, tak pe pil gatal ada, tapi kalau ada pun kita je lah yg makan, Ben tak boleh kan.
salam iris...
Memang sedapppp, tapi kalau tak makan pil, lepas tu meranaaa..huhu
salam cik mat..
ReplyDeletelamanya saya x buat tomyam...bla tgk tomyam cik mat rasa nk buat je..
tomyam cik mat nmpk menarik bersma bekas yg cantik tu...mmg cantikla bekas tu..hehe