sambal tumis ikan pari
Salamm semua, petang ni mat letak lah resipi biasa2 lagi. Sedia maklum, blog mat gebu ni kan masakan yang mudah2..senang2 dan kira sesiapa saja boleh memasaknya. Ada juga yang nampak rumit, yang tu mat pun mengaku, kena ambik masa untuk menambah "skill". Kalau setakat masak sambal macam ni mesti semua boleh. Lagi satu kan, memasak ni kita kena peka pada deria rasa dan bau, teknik kawalan api juga penting..kalau tak percaya, tanya pada semua pakar2 masakan, mesti depa kata betul. Tak pe, lama2 nanti mat pasti yang baru2 berjinak ke dapur akan mendapat kemahiran memasak...

BAHAN-BAHANNYA ;-)
300 ikan pari, potong kecil
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
4 camca besar cili kisar
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar, belah 6
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari diperap bersama jus limau nipis dan garam selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga wangi, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Tuang jus asam jawa, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sedikit pekat.
  3. Tambah bawang besar belah dan juga ikan pari tadi, gaul hingga rata. Masak sekejap, rasa dan boleh diangkat. Hidangkan..