Assalammualaikum, salam Isnin..Malass ke. hahaha jangan sebut malas, mat sendiri pun rasa macam silap, asyik sebut malas, tak berapa nak bess, kalau sebut tak berapa rajin, bunyi dia ala2 berhemah sikit. Ok ni hari nak share lauk2 yang biasa masak di kampung2, tapi berprofile tinggi. Laa bukan nak perli sesiapa, tapi betullah mat gebu kata. Kalau lauk2 yang ada santan itu kira berprofile tinggi juga kan, kecuali anda ganti dengan susu atau yogurt. Kalau perasan lah gambar kat atas tu, mat masak lemak pucuk manis, ni semua angkut balik dari kebun. Kalau ada keledek lagi sedap, tapi dalam stok cuma ada jagung muda, boleh lah dicampurkan sekali, kalau ada cedawan tiram pun sedap, alahh kan kita yang buat dia, janji tak lari jauh sangat ok lahh.
Lepas tu kan atas permintaan bonda tercinta, mat buat kan pulak urap pedas daun turi, kali ni masukkan sekali dengan bunga2 dia, sedap pulak, dengan rasa lemak2 manis dan ada sedikit pahit pada hujung2nya memberi kan satu rasa yang unik. Urap ni mat pasti ramai dah tau buat, terutama orang2 jawa, kalau sebut urap, kepelbagaian boleh dilakukan, guna pucuk ubi + taugeh boleh, pucuk paku, pegaga dan macam2 lagi lahh...yang ni nanti mat share resipi di bawah yeaa.....Sabar dan bertenangg kan Benn....
Dannn yang ni ishh malas nak kata, sedap nih, tapi tak semua makan dan tak berapa sesuai untuk mereka yang ada darah tinggi, gaout dan alergi (macam mat gebu..kenal tak?). Kalau orang Melaka tak makan cencaluk, rasa macam belum cukup tulen, ibarat orang Kelantan lah, tak makan budu, adoii boleh buang negeri, orang Perak dan Negeri Sembilan kalau tak makan tempoyak....perghh..malu nak ngaku sedara..haha keji tak?...Ni semua setakat bergurau senda, jangan pulak dianggap serius..mat gebu main2 jee lahh!!. Ok jom kita lihat resipi senang walaupun ulang tayang tak berapa puluh kali...peduli apa kan blog guaaa..suka guaaa laahhh!..
LEMAK PUCUK MANIS...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk manis
4 batang putih jagung
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
300 ml pati santan
800 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak daun turi muda,
10 kuntum bunga pokok turi
3/4 cawan kelapa parut putih
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1 biji cili merah*
4 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 inci isi cekur*
1/2 inci kunyit hidup*
10 biji cili padi*
1/2 inci belacan*
1 camca teh gula*(*ditumbuk halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
Cencalok secukupnya
3 biji bawang merah, hiris halus
10 biji cili padi, hiris halus
Jus limau kasturi secukupnya

- Pucuk manis, diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Ramas2 sedikit pucuk manis tadi. Putik jagung dicuci, hiris serong setiap batang dan ketepikan.
- Dalam periuk, satukan bawang merah, bawang putih, udang kering dan santan cair, masak hingga mendidih, tambah putik jagung, masak sekejap.
- Masukkan pucuk manis tadi, kacau dan biar hingga lembut sedikit. Tuang pati santan, dan jika kurang kuah, tambah sedikit air. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak daun turi muda,
10 kuntum bunga pokok turi
3/4 cawan kelapa parut putih
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1 biji cili merah*
4 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 inci isi cekur*
1/2 inci kunyit hidup*
10 biji cili padi*
1/2 inci belacan*
1 camca teh gula*(*ditumbuk halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Daun turi diasingkan dari tangkainya, bunga turi di potong sedikit jika besar, Cuci kedua2nya dan ramas sedikit, kemudian toskan hingga kering.
- Kelapa parut putih tadi digaul rata2 bersama bahan tumbuk halus, rasa dan jika perlu masukkan sedikit garam (mat tak letak, sebab belacan dan udang kering dah masin).
- Kemudian masukkan daun + bunga turi tadi dan gaul hingga mesra. Panaskan kuali dan goreng tanpa minyak hingga daun turi lembut sedikit. Angkat dan hidangkan..
BAHAN-BAHANNYA :-)
Cencalok secukupnya
3 biji bawang merah, hiris halus
10 biji cili padi, hiris halus
Jus limau kasturi secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Cencalok di buang sedikit airnya. Masukkan dalam bekas bersama cili padi dan bawang merah hiris, kacau rata. Tambah jus limau kasturi secukupnya, perlu ada rasa masin, masam dan pedas. Hidangkan bersama nasi hangat...hmmm
17 Comments
Waaaaa..mmg sungguh berprofil tinggi, kalau idang kat bakal mak mertua, mmg lulus punyer...gerenti jadi kesayangan..hahahaha..Mat, tu sayur "ucuk" manis sedap eh..kalau makan leh pelat lidah eh...pucuk leh jadi ucuk eeyyy...hahahaa..rabun lagi la tuuuuu..heheh
ReplyDeleteSedapnya lauk macam ni..
ReplyDeletelauk ni memang betul2 kawww lah cik mat..
ReplyDeleteada pulak ikan kembong goreng dgn sambal gesek confirm makan nasi tak hengat org belakang dah..
memang berprofile tinggi cik mat..
ReplyDeletesalam kak ummi...
ReplyDeletehahahhaa, keji, yelah tiba2 pelat jadi ucuk manis..hahaha..
salam rosalle...
Betul2...mak/abah saya suka..
salam anymz...
Hehehe, ada lagi satu, tapi petang kang saya letak..lauk biasa2 jee..
salam pearlnscarf...
Hehehe, dah kata dahhh...tinggi kan profile dia..
Daun turi tu ape ek?? tak penah dgr pun cik mat.
ReplyDeleteyg alin aku talak heran..tp cencaluk tuhhhhhhhhhhh adeiiiiiiiii
ReplyDeletemelelehhhhhhhhhhh...eeeeeee
salam nursuraya...
ReplyDeleteDaun turi tu ada juga orang panggil pucuk "geti"..
salam linn...
Hehehe, sori eks cencalok's tuu...
assalamualaikum mat...
ReplyDeletebaru td akak teragak nak makan turi... huhu. buat urap pun boleh ye. tak penah tau pun. selalu masak asam rebus je. urap tu kalau letak kerang lagi sedap kan mat?
salam ummu...
ReplyDeleteWaaa...betul tu cikgu..letak kerang pun sedap, tak pun daging ikan kembong goreng..
kecur air liur dengan sayur pucuk manis dan urap tu.... jawa sungguh!
ReplyDeletesedap2 belaka...lama tak makan urap pucuk turi
ReplyDeletesalam che mat, lama tak makan cencaluk.. sejak2 cik abg kena by pass ni.. teringin betul nak makan cencaluk.. :(
ReplyDeletesalam che mat..sedap2nya/buat akak telan air liur je ni..lebih2 lagi urap dengan cencalok tu..
ReplyDeleteowh... cmtu ye cik mat nk buat cencaluk... huhu.. sian kt kite nk mkn tp xtau nk wat cemana.... :)
ReplyDeletecincalok beshnyerrr
ReplyDeletecmg, sy org n9 tak makan tempoyak tp mkn durian kire menderhaka gak ke???
salam che mat..cencaluk tu mmg best, makan lak ngan nasik panas ..fulamak!!!oh ya, ada org melaka bg petua, masa prepare cencaluk tu tambah sikit air kanji nasik yg dok mendidih tu..kakbee tak pernah buat la pulak sbb selalunya makan cencaluk ni yg dah ready.
ReplyDelete