LEMAK PERIA DENGAN UDANG.

Lemak Peria Dengan Udang
Salam tengah hari, eh tengah hari ke petang ek?..Hmm kesian, waktu pun macam dah blurr2. Musim agaknya lahh, pagi sakit tekak, selsema, batuk..tapi kan makan juga ais krim satu scoop, hehe, lepas tu minum lemon honey tea...hmm nyamannn.. Tengah hari ni masak atas permintaan sebenarnya, dari bonda. Peria yang mat masak tu hasil dari kebun, tapi ada lah 6-7 biji, jadi lah kan, lagi pun benda2 pahit macam tu bukan semua yang nak, mat gebu orait jee, pahit ke semua bolehhh, tapi buat masa sekarang, tekak ku hanya selera pada masak singgang sahaja...dan juga ais krim "peppermint with chocolate"...hehehe...mat tulis resipi dia yeaa..tak kesah lah walaupun semua dah tau...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6-7 biji peria katak
10 ekor udang bersaiz besar
1 helai daun kunyit, disiat2
1 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Sedikit air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
20 - 25 biji cili padi merah siam(boleh kurangkan)*
1/2 inci kunyit hidup*
1 inci cekur, hiris*
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Peria katak dibelah dua setiap satu, buang biji dan rendam dalam air berisi garam. Udang dikerat hujung kepalanya, buang kotoran, cuci bersih dan toskan.
  2. Dalam periuk, satukan udang dengan bahan kisar halus, serai, asam gelugor dan masak hingga udang berubah warna. Tuang santan cair dan kacau, bila mendidih, masukkan peria katak, tuang sedikit air jika ingin lebih kuah.
  3. Tambah santan pekat, garam secukup rasa, secubit gula dan daun kunyit, kacau perlahan hingga mendidih dan peria sedikit lembut, gunakan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...

Post a Comment

5 Comments

  1. mat!!! pebret kak rose ni. tp sllu guna peria yg beso tuh. sedap wat pekat2 gitu... cepat je bertambah lemak dibadan! adus!!!!

    ReplyDelete
  2. salam kak rose...
    Hahah tu lah kak, saya pulak kalau ikut kan mana boleh makan santan2 ni, tapi biasalahh, mat gebu sapu isi dia saja...waaa pandai tak?..hehe

    ReplyDelete
  3. ewah3..ko ingat x d k santan lekat kat isi2 dia tu..hahhaha..saje mat, lama x usik ko..peria katak ni kan mat akak x pernah try masak..selalu beli wat ulam jek..krup krap gitu, hehe

    ReplyDelete
  4. salam kak jun...
    Hehehe, at least kurang sikit kak..hahaha, tapi kan saya makan singgang ikan sebab tekak sakit..

    ReplyDelete
  5. Salam MG ... saya pinjam gambar untuk posting pasal peria katak. :) credit dan link terus ke sini. :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.