Salam Jumaat semua, frust laaahh...rasa geramm, panas hati..arghh...orang tanya, mat gebu datang bulan ke...ha ahh ni aku memang tengah datang bulan, sampai tak boleh nak bendung lagi... Rasa nak cuti kan jee DTS ni, mat kan kadang2 stresss juga..tapi tetap bersabar, yelah selalu kalau nasihat kan orang kan main, terutama jiran terdekat tu, bila dia hangin, aku suruh sabar, bertenang dan releks, tapi kena kat diri sendiri..hmm allah je yang tau. Hari ni dalam sejarah, tahap kemalasan melampau muncul dalam benak hati mat gebu, sah2 iblis bertepuk riang. Masak?..yang tu wajib, orang tanya mat gebu, sapa makan masak banyak2?. Mat masak bukan lah banyak, tapi masak banyak jenis. Sampai satu tahap kalau mat dah jemu sangat2lah memasak, sah2 blog ni hanya ada resipi2 lama. Setakat ni mat gebu masih ok, insya allah..
Hari malas mat gebu disulam pulak dengan kecelaruan blogger2 baru antara DTS dengan BA, boleh baca N3 kat atas tu. Mat kan malas nak cita pasal resipi hari ini, anda tengok gambar pun dah tau kan. Siput sedut tu dah berapa puluh kali masuk kat blog, tu lauk tumis air pun sama, budak darjah 6 pun pandai buat. Tapi ini cuma menambah idea sahaja, kita ni ada juga masa kepala tu sampai beku, tatau nak masak apa. Satu hari nanti kan mat nak cerita satu kesah sedih sorang suami ni, yang pernah mengadu pada mat. Mat gebu ni versatile orangnya, laki orang, bini orang, janda, duda, anak dara semua ku boleh layan...layan yang bermanfaat laa...bukan yang tak elok...Jangan kata mat gebu nak cari publisiti murahan pulak...hehe ((gelak pun terpaksa tuuu..huhu))..
GULAI SIPUT SEDUT...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 pokok kecil keladi sayur
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, disiat2
200 ml pati santan
800 ml santan cair
Sedikit air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci isi cekur*
3 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
TUMIS AIR DAUN MERANTI....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak daun meranti
10 ekor udang sederhana besar
2 keping tempe
1/2 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
7 - 8 biji cili padi, diketuk (optional)
1/2 kiub pati ikan bilis "Maggi" (optional)
Air secukupnya
Garam dan secubit gula
CARA MEMBUATNYA :-)
Hari malas mat gebu disulam pulak dengan kecelaruan blogger2 baru antara DTS dengan BA, boleh baca N3 kat atas tu. Mat kan malas nak cita pasal resipi hari ini, anda tengok gambar pun dah tau kan. Siput sedut tu dah berapa puluh kali masuk kat blog, tu lauk tumis air pun sama, budak darjah 6 pun pandai buat. Tapi ini cuma menambah idea sahaja, kita ni ada juga masa kepala tu sampai beku, tatau nak masak apa. Satu hari nanti kan mat nak cerita satu kesah sedih sorang suami ni, yang pernah mengadu pada mat. Mat gebu ni versatile orangnya, laki orang, bini orang, janda, duda, anak dara semua ku boleh layan...layan yang bermanfaat laa...bukan yang tak elok...Jangan kata mat gebu nak cari publisiti murahan pulak...hehe ((gelak pun terpaksa tuuu..huhu))..
GULAI SIPUT SEDUT...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 pokok kecil keladi sayur
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, disiat2
200 ml pati santan
800 ml santan cair
Sedikit air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci isi cekur*
3 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Siput dicuci bersih, kerat hujung nya, anggaran 3 senggan, cuci kembali dan cedok keluar dengan tangan dan alih ke kalam tapis, toskan. Batang keladi dibersihkan, buang kulit luarnya, kerat2 dan cuci. Celur sekejap dalam air mendidih yang dicampur dengan asam gelugor dan sedikit garam. Toskan.
- Masukkan siput dalam periuk bersama asam gelugor, bahan kisar halus dan sedikit garam. Kacau dan masak atas api sekejap hingga. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Masukkan pati santan bersama batang keladi, kacau perlahan.
- Bila mendidih, tambah garam, gula secukup rasadan daun kunyit. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.
TUMIS AIR DAUN MERANTI....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak daun meranti
10 ekor udang sederhana besar
2 keping tempe
1/2 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
7 - 8 biji cili padi, diketuk (optional)
1/2 kiub pati ikan bilis "Maggi" (optional)
Air secukupnya
Garam dan secubit gula
CARA MEMBUATNYA :-)
- Sayur meranti diasingkan daun dari tangkainya, rendam dan toskan. Tempe dipotong sederhana besar, udang dibersihkan, cuci dan tos. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna. Tuang air secukupnya (yang ni agak2 lah yeaa..), masukkan kiub ikan bilis dan biar mendidih.
- Masukkan sayur meranti tadi. Masak sekejap, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan dan ikan masin...hmm sedapp...
12 Comments
en.mat kenape..
ReplyDeleteDTS..jangan tutup..habislah..nanti kat mana semua peminat DTS nak dapatkan resepi.nak masak2 ni..Terima kasih sangat DTS banyak bagi idea..apa nak masak untuk keluarga..
jgnlah tutup wehhh...mano den nak ceduk resipi, ulangtayang bnyk kali pun takpelah janji ada posting ek...stay ceria selalu k :P
ReplyDeleteuiks, nape CM hangin neh, x elok angin2 no, kang semput... :)
ReplyDeletePMS ke cik mat kita ni.. :P
ReplyDeletehahahha..mat, apo kono eh kau? malas k? alaa, akak selalu jangkit penyakit tu..x p, nnti elok la..pastu ko rajin tahap dewa balik, hehe.
ReplyDeleteni hape kes suami org tu? bini dia x mo masak k? hehe..nnti ko citer eh! dah, pergi bwk2 mandi, bg sejuk ati..ekekeke
Salam Mat,
ReplyDeleteNape ni hangin semacam....baru semalam berbalas pantun.....betul2 buat akak tergelak dan tersenyum kambing....tau2 Mat not in the mood....rileks lah....sekejap je tu takde mood....esok2 oklah tu....jngn tutup DTS tau....rehat takpe....senyum sikit...alolololo..
pls jgn stop blogging......
ReplyDeleteeh kebetulan...tadi masa beli lauk nampak siput sedut yg dimasak dgn keladi..
ReplyDeleteps...jgn tutup dapur ni...saya baru ja nak mengikut.
salam jumaat cik mat
ReplyDeleteadeh...sabor jerlah....tang jiran sebelah tu...kalau dia hangin boleh lah kita sama-sama tenangkan..
kalau cik mat..alamatnya..mangkuk teko jer lah boleh bantu..
hehehehe. but....siput sedutkan...kalau kat sini..ayu jual lauk siput sedut dan batang keladi lemak seringgit pun boleh ....
Cik Mat ambiklah MC ke... pergi cuti-cuti ke... ambik-ambik angin segar tapi toksah ler tutup yea.
ReplyDeleteRamai yang kerinduan tu karang...
agree..agree..pls dont stop..ni lah sumber inspirasi saya,tiap2 hari wajib masuk sini tau..
ReplyDeletego Mat Gebu & DTS!!
Terima kasih pada semua....
ReplyDelete