Lemak Udang Nenas
Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia untuk semua. Hujan sekarang ni kat kampung mat, tiba2 je turun dengan lebat, tapi awan mendung dari pagi. Sekarang ni kita tak boleh nak agak dah cuaca. Ok hari ni mat nak share satu masakan yang dah terlampau biasa kot di blog ni, tapi apa ada kesah, dari tak berisi dengan N3, elok lah ada...betul tak?. Masakan ni lebih kepada gaya peranakan atau baba nyonya...Rasa2 mat lah, masakan nyonya ni antara paling kerap mat masak, biasa lahh nya, guaa kan ada itu peranakan nyaa darah, luu jangan tatau. Kalau perhatikan gambar tu kuah dia nampak kuning sangat, sebenarnya kan..alah..hmm anu kann...hmm nak cerita ke...hmm mat kan terlebih kunyit hidup tadi...adehh, tu lah masak kalau kurang beri tumpuan, begitu lah jadinya, nasib baik tak pahit dan masih sedappp....waaa puji diri sendiri koo..hehehe..

Lemak Udang Nenas
Kali ni mat guna nenas madu, asal2 nenas ni aku nak buat jem tat, tapi tak pe lah kita korbankan dulu. Udang pulak kalau nak sedap guna udang galah, atau pun udang besar jenis kaki merah. Ada orang gelar "Udang Pengantin". Hmm hujan2 ni macam kuyu jee mata..arghh tah boleh jadi nihh, hehehe, jom lihat resipi dulu sebelum pingsan.. Weyy!!..ini masakan peranakan kan, jadi guaa kena lah pantun dulu...wajib!....Pstt..semalamkan guaaa ada pergi satu blog ni tau...tiba2 ada "tiffinbiru" kat situ...tak caya kan?, try klik sini....

CINCIN INTAN BERIKAT SUASA,
MELUR MELINGKAR ATAS CEMARA,
MASAKAN RINGKAS SEDAP RASA,
CENCALOK PULAK PENAMBAT SELERA.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas madu, kupas dan hiris kasar2
10 - 15 ekor udang bersaiz sederhana besar, dibersihkan
2 helai daun kunyit, disiat2
2 batang serai, dititik
600 ml santan cair
300 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
10 biji cili padi (optional)
1/2 inci belacan
2 biji buah keras
1 hirisan nipis lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk halus, serai dan udang, kacau dan didih kan sekejap hingga udang kecut. Masukkan nenas dan gaul rata2.
  2. Tuang santan cair dan biar mendidih perlahan. Masukkan asam gelugor, daun kunyit dan santan pekat, kacau rata, masak dengan api sederhana.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap hingga hingga nenas masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi jangat, cencalok dan sebagainyaa....