BISKUT CORNFLAKES LEMAK

Biskut Cornflakes Lemak
Ok..nak share resipi biskut derhaka..hahaha, mat gebu, kaki derhaka yeaa...aiman tak kesah..."kamesah"..kan mamafami. Tapi ini biskut kan sedappp, halus dan cair di mulut..lagi kalau jenis mulut naga, lom sampai lagi dah cair, kena bahang dia. Resipi asal dari Puan Aini Salim yang femes di Singapura tu, tapi mat guna bahan2 apa yang ada, menjadi pulak dan sedapp..alah mat gebu, takkan kata tak ok, dia yang buat..ehh..serius wak..kalau tak caya nanti boleh try, jgn terus buat banyak, buat 1/2 adunan dulu...Tanpa berlengah lagi dan membuang masa membebel, jom kita semak resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
140 gram mentega berkualiti tinggi
180 gram tepung gandum*
100 gram tepung kentang (boleh beli di kedai baking yeaa)*
80 gram cornflakes, kisar halus*(*A)
65 gram gula aising
1/2 camca teh esen vanilla
1 kuning telur

BAHAN HIASAN :-)
1 kuning telur, untuk disapu
Gula manik warna-warni untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar hingga rata. Perlahankan kelajuan, masukkan bahan bertanda (*A) sedikit demi sedikit hingga habis dan menjadi doh yang lembut. Bulat2 kan doh.
  2. Bagi doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 keping plastik setebal 1/2 cm, terap dengan acuan kegemaran. Alih ke dulang pembakar, buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan tabur guna manik warna-warni tadi. Buat hingga selesai. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....
BISKUT CORNFLAKES LEMAK BISKUT CORNFLAKES LEMAK Reviewed by Mat Gebu on 8/31/2010 10:00:00 AM Rating: 5

11 comments:

  1. ada ya tepung kentang rupanya... kena cari nih

    ReplyDelete
  2. cik mat gebu budaknya nakal
    suka curi jambu
    blog dia terkenal
    tiap hari ada resepi baru

    ReplyDelete
  3. Apa penganti tepung kentang? kalau tak ada mcm mn?

    ReplyDelete
  4. salam kengkawan...
    Ada..boleh beli di kedai baking..

    salam ijad...
    Hehehe, tak sempat nak balas pantun..apa2 pun terima kasih yeaaa..

    salam siti saidah...
    kalau tak de,boleh ganti dengan tepung jagung..

    ReplyDelete
  5. nampak cam sedap jer...
    mesti nak cuba
    tapi bila nak buat
    bibik dah nak balik endon
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. salam..kalau guna tepung kastad? dan gula aising tu ganti ngan kastor..leh x?

    ReplyDelete
  7. Thanks! sudah pun buat with mash potato flakes instead sbb tepung jagung tengah tak ada kat pasaran kat sini. It went great and anak2 pun suka...Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga kat Havana, Cuba...We like your blog...now nak cuba nasi mentega kismis and daging pandan tomato pulak for Raya..maybe kena substitute with ayam..

    ReplyDelete
  8. Apa yang derhaka?nak tau resepi asalnya, boleh tak Mat?

    ReplyDelete
  9. Dah Cuba resipi ni. Rasa tawar. Takde lemak Sgt pun. Kecewa

    ReplyDelete
  10. Buat last raya. Biskut ni tawar dan mengecewakan.

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.