UDANG & IKAN BAKAR MENTEGA

Udang & Ikan Bakar Mentega
Assalammualaikum semua, salam Ahad..Dah makan tengah hari kee...hari ni mat dengar2 cerita panas, ada sorang blogger tu mendapat barang idaman...exceli mat pun suka benda yang blogger tu nak, jadi bila tanya my opinion, mesti lah mat sokong, dah tanya benda yang kita suka..dah akhirnya setelah perbincangan sulit dibuat dengan memikirkan pro dan kontra nya maka hari ini blogger tersebut berhasil mendapatkan barang idamannyaa, kesah selanjutnya klik sini... Ok berbalik pada menu hari ni, mat masak yang ringkas je, cuma bakar udang dan ikan cendaru yang disapu dengan sedikit mentega bawang putih. Makan pulak dengan sambal air asam "budu"...sedappp koo, yang tak makan budu tu tak payah leer letak....Jemput makan semuaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan cencaru sederhana besar, disiang dan cuci bersih
10 ekor udang sederhana besar, dibersihkan tapi jgn buang kulit
1 camca besar mentega*
2 ulas bawang putih, cincang halus*
1/2 camca teh lada hitam*
1/2 camca teh garam halus*(*disatukan dan kacau rata2)
Timun, dipotong jejari sebagai ulam
Tomato, dibelah, sebagai ulam

BAHAN SAMBAL AIR ASAM "BUDU":-)
20 biji cili padi siam, warna merah
3 biji bawang merah
1 inci belacan
3/4 cawan jus asam jawa
1 biji limau nipis, perah jusnya
1/3 cawan budu
Sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lumur ikan dan udang tadi dengan bancuhan mentega rata2. Alas bekas pembakar dengan aluminium foil, susuh ikan dan udang, grill dalam oven hingga ikan masak (kurang lebih 25 minit), manakala udang tak perlu dibakar lama, nanti jadi kering dan tak sedap, mungkin dalam 2- 3 minit untuk setiap bahagian udang, sudah memadai...Angkat dan ketepikan.
  2. Untuk sambal air asam budu pula, tumbuk cili padi, bawang belacan hingga lumat, tambah gula dan tumbuk lagi. Tuang jus asam jawa dan budu, kacau. Masukkan jus limau nipis, kacau dan rasa jika kurang masam, tambah lagi jus limau nipis.
  3. Hidangkan bersama ikan dan udang bakar beserta ulam timun dan tomato, kalau ada ulam lain seperti daun selom, pegaga dan ulam raja pun sedap disertakan sekali...
UDANG & IKAN BAKAR MENTEGA UDANG & IKAN BAKAR MENTEGA Reviewed by Mat Gebu on July 11, 2010 Rating: 5

5 comments:

  1. Salam CMG, wah terliur tengok udang & ikan bakar tuh....tambah plak ngan ulam2man. Mat banyak makan ulam awet muda tau....

    ReplyDelete
  2. ya Allah memang sodap nampaknya...terus perut ni berlagu riang.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum abang mat.. (perghhh kompom skandal lagik! wakakaka).. tulun bagi saya segala2 yang terbakar tuh! tapi arang bakar saya tak nak lah! hangus lidah saya kang! hahahahahaa...

    ReplyDelete
  4. Weeeyyy Mat, mewahnya makan eh...ikan n udang bakar! Akak kan makan ikan talang sambal n sayur lemak labu jek....ala-ala kampung + ala-ala orang pokkaiii jek balik dari utara nih..tp kan, ikan talang mahaiiii gilerrr...huhuuu

    ReplyDelete
  5. salam rosidah....
    Yeaa betul, terus ni pi tgk kat cermin..hahahah.

    salam fara...
    Betul2..makan macam tu saja pun sedapp....berpeluh2..

    salam hana..
    Hahaha, dah mula dah makcik ni.. Oo, nak yg terbakar ek, kejap aku kolek dulu benda2 hangus yeaa..]

    salam kak ummi...
    Waaa, ikan talang saya tak pernah makan, takut gatal..lagi pun kang takut betis ai tumbuh bulu lebat..sampai kena sikat pulak, tak mooo itu macamm, tak bes..hahah.

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.