TERUNG TELUNJUK GORENG TAUCHO.

Terung Telunjuk Goreng Taucho
Salam Rabu untuk semua, diam tak diam dahh Rabu, jika dipanjangkan usia jumpa lagi keesokkan harinya. Saja lah nak share lauk biasa...sejak2 ni masak yang biasa2 saja..Faham2 jelah kita duduk kampung ni bahan mentah tu kira banyak, syukur alhamdulillahh, rezeki Allah nak bagi...Jadi tu pasal kita manfaatkan apa yang ada. Contoh macam terung telunjuk ni, bonda mat tanam sendiri di belakang rumah dalam 4 pokok, buah dia kuss semangat, tak putus2 sampai tak termakan, merata juga dah dibagi2 pada orang. Kadang2 tekak ni datang lah tebiat mengada2, mudah jemu makan benda yang sama... Tapi masakan ni dari air tangan bonda ku, bukan mat yang masak, cuma saja masukkan kat blog sebagai penyeri majlis....tapi air tangan bonda, goreng telur sekali pun rasa dia sedapp...setuju tak?..

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 - 12 biji terung telunjuk
1/4 cawan ikan bilis, direndam sekejap dan toskan
1 1/2 camca besar taucho
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 biji cili hijau, dihiris
1/2 inci belacan, larut kan dengan sedikit air
1/4 cawan air
Garam dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung telunjuk dikerat sedikit pangkalnya, kemudian kerat dua secara menyerong, rendam dalam air berisi sedikit garam. Ikan bilis ditumbuk sedikit, tapi jangan hancur. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu. Masukkan belacan, ikan bilis dan taucho, kacau rata dan masak hingga pecah minyak. Tuang air dan masukkan terung tadi (toskan dahulu), kacau dan masak hingga pekat.
  3. Tambah secubit gula dan rasa, jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap hingga terung lembut tapi tidak lembik. Angkat dan isi dalam bekas sesuai. Hidangkan segera bersama nasi atau bubur...
TERUNG TELUNJUK GORENG TAUCHO. TERUNG TELUNJUK GORENG TAUCHO. Reviewed by Mat Gebu on 6/09/2010 11:30:00 AM Rating: 5

7 comments:

  1. saya suka terung nie.. nest kan dpt duduk kg.. bend mcm nie free jer..

    ReplyDelete
  2. salam CMG,
    wah... masakan bonda..! saya tak pernah beli terung telunjuk.Kalau dimasak taucu, saya pun teringin.. ;)

    ReplyDelete
  3. Huk alaaa Mat, ko main tunjuk2 je suh Makyah masak ek..ko dera dia ker..heheee...sedap terung telunjuk ni cuma akak xleh makan, akak makan terung hantu and terung kelingking jek..ekekeee

    ReplyDelete
  4. salam mat,
    betul tu.. masakan ibu takde siapa yang boleh lawan..
    dah cuba makan terung tapi tekak xleh terima.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. salam cik mat...
    tak makan terung!!!
    tapi hubby suka, camne tuh???

    ReplyDelete
  6. sedap terung nih.. goreng pedas2... nyum nyum... mmg masakan mak adalah paling sedap dlm dunia... kalau mak dtg rumah mmg dia volunteer nak msk... selalu mak akan masak apa saja bahan yg ada dlm freezer... ikan kembung dah dekat setahun bila mak msk jd lauk yg sgt sedappp.... byknyerr sy berleter hr nih... rindu ngan mak sbb skrg ddk jauh di negara org... huhu

    ReplyDelete
  7. salam...hai CMG hari2 awak masak yang best2..terliur sy di buatnye...

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.