DAGING KUNYIT BERKOBIS.

Daging Kunyit Berkobis
Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua..tuuu diaaa...syarahan dah mula, pada hari ini Khamis, kita akan berkongsi masakan paling senang, ringkas dan pendek kata paling ciken sekali di dunia, kalau ibu2 yang sibuk bekerja pun boleh buat. Bapak2 yang nak makan sendiri masa bini memasing tak de (out station ke atau pi berpantang kat rumah mak pak dia org kee..atau yang bini dah tak de kee), semua boleh koo. Main campak2 jee, nak lagi senang, daging tu perap awal2 dulu dalam peti sejuk, lepas tu tinggal goreng je dengan sedikit minyak. Cuma apa yang perlu daging tu mesti jenis daging batang pinang, sebab senang empuk, kalau guna daging biasa ke rebus dulu...Ha, lupa nak pesan, kalau yang tak makan daging, koo orang belasah guna daging ayam pun bolehhhh....sendiri mau makan, jadi pepandai leer oter..

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1/2 inci halia muda*
3 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)
1/2 camca teh garam
Secubit gula
1 biji bawang besar, dihiris
1 biji cili merah, hiris serong
1/4 biji kobis bulat
1/3 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging digaul dengan bahan tumbuk halus hingga rata. Perap sekurang2nya 2 jam dalam peti sejuk. Kobis dihiris kasar, cuci dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar hingga layu, masukkan daging tadi dan masak hingga daging berubah warna. Tuang air dan masak hingga daging lembut.
  3. Tambah sayur kobis dan cili merah hiris, kacau rata dan biar hingga kobis lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam, kacau rata, angkat dan hidangkan panas bersama nasi.....

Post a Comment

2 Comments

  1. salam CMG....
    daging goreng kunyit ni sedap woo makan ngan nasi panas... semata dah cukup.. kenyangggg peruttt.. :D

    Tapi saya tak pernah try boh kubis lagi.. biasa saya letak kentang, bawang plus cili je.. hehehehe...

    ape pun.. menarik ni.. kat umah pun ade daging.. tapi saya nak wat kari daging hari ni.. :D:D:D

    ReplyDelete
  2. Matt,
    Ini hidangan kegemaran suami saya nih.. Look so tempting..!!!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.