SUP AYAM...AGAINNN!!!...OHH TIDAK!!...

Sup Ayam
Salam Selasa semua, hari ni pagi2 mat dah letak N3...hehehehe, biasa lah pakcik kan bangun awal gitu...orang gaji lah katakannnn....ok exceli kan sup ayam ni masak semalam, tapi oleh kerana sebab2 tertentu, terrrpaksa dimasukkan hari ni. Kalau tengok sup ayam, mesti dah ramai tau, kat blog mat ni dah berpuluh ratus kali letak resipi sup ayam...ada yang senang, mudah dan ada tu nampak macam complicated, koo orang pepaham jelah dah perangai pak tua mu ini, tak pernah tetap dengan satu2 resipi, bak kata pepatah, sekali air bah sekali pantai berubah...lain apek lain teko dia..hahaha, tuu dia, pepatah baru!...Rasa2 perlu tak nak letak resipi?....Letak je lah kan, nanti tak berseri, macam ada kepala, tak de body..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, anggaran 1.2 kg
3 - 4 biji kentang
1 kiub ayam "maggi (optional)
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat 3
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 camca besar ketumbar
3/4 camca teh jintan halus
3/4 camca teh jintan kasar
1 1/2 camca teh lada hitam biji
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong 16 bahagian, cuci bersih, toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji (bergantung pada saiz kentang), cuci dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan goreng hingga harum, tambah lengkuas dan bahan kisar halus. Masak hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan kentang (toskan dahulu), gaul rata dan biar ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 2+ liter), masukkan daun sup yang dikerat 3 dan 1 camca besar bawang goreng. Tambah sedikit garam dan biar mendidih. Kemudian kecilkan api dan biar masak perlahan. Tambah kiub ayam, jika guna. Kacau rata.
  4. Bila kentang empuk dan ayam masak, tambah garam secukup rasa. Boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi, ketupat, mee hoon, mee kuning dan roti..ikut suka hati koo orang yeaa....

Post a Comment

8 Comments

  1. ni yg lmh ni..resipi cik mat gune mcm2 rempah..bile agaknye nak tiru..hehe
    dasar pemalas kn? =)

    slmt pg cik mat!

    ReplyDelete
  2. cik mat...
    pg2 dah ade rsipi...bagus betul laaa...kagumnya la sy...(cik mat, bila nak comfirm sy kat FB ni?hehehe)

    ReplyDelete
  3. tengok rempah sup ni mesti pekat sket n sedap makan ngan nasi himpit n sambal kicap..(ehehe mcm kuah soto plak..mulala nak merepek bila tgk makanan huhu)

    ReplyDelete
  4. akak pun hari ni nak buat sup ayam gak!!! tapi yg sempoi aje la, main campak2 aje.hihi

    ReplyDelete
  5. laaaa maknanya semalam menu kiter samalah mat! sup ayamm! aku mls nak n3! tengahari mkn ngan nasik! dinner makan ngan mee! senang kerejer aku! hihihi..... susur keladi kat bawah tuh aku berkenannyerrrrrrrrr!!! mencik btollah!!

    ReplyDelete
  6. Mat, wpun sup tu ringkas, tp sungguh terliur gak tengok..sbb akak mmg jarang nk dapat wat sup ayam..anak2 besar mana nk makan sup sgt..nk yg pedas merah jek...tp asam tumis sulur keladi tu mmg dah lama x makan, x penah buat, harap blk kg je baru masak dgn mak..ekekeee..kalau la dapat semangkuk, mau tersandar nih!

    ReplyDelete
  7. ayat yg en.mayt org gaji xtahan tu..heheheh...sedap sungguh nampaknya ni.lama xbuat sup ayam:)

    ReplyDelete
  8. salam dila...
    Nampak je meriah bahan2 dia, tapi tak byk masa...

    salam azian...
    Eh dah kompom kot kat FB tu...hehehe, resipi biasa2 jeee...

    salam kaniedaz...
    Kalau nak pekat sikit, kisar buah keras dalam 3 biji dalam rempah dia, selain kuah pekat, rasa dia pun lemak2 gitu..

    salam ain...
    Laa, kak yg campak2 tu bess....tapi lepas makan tak "tercampak2" kannn..hehe

    salam hana...
    setuju dgn koo, kalau ada sup, boleh celur mee hoon, makan dgn mee kuning, kueteow, ketupat dan apa2 jelah yg boleh..

    salam kak ummi...
    Yelah, mak dia pun tukang masak hebat...mcm rumah saya ni ramai yg "matang2"...jadi suka lah makan sup2 nih semuaaa..maklumlah dah tuaaa..eh tua sikit!..

    salam azila...
    Hehehe, biasa lah, masa2 kena dera tu rasa mcm org gaji...tapi yag meng gaji kan saya pun rasa terseksa juaa wooo....depa makan hati...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.