BUN SAMBAL TUNA

Bun Sambal Tuna
Salam semua, jumpa lagi dengan N3 terakhir malam ni, hari ni kan mat rasa stress sikit lah, tapi normal lah kita manusia rasa stress, kalau nak ok je hari2 mana boleh..alah dah nama manusia, jadi kan sebab stress, bosan gila dan rasa macam nak buat kerja2 yang tak berfaedah, maka dengan gagah perkasanya mat buat roti (hahaha, sure ada yang nak muntah)....tapi dengan bantuan orang gaji "Bibik Melayu" atau BM atau "Bread Maker", tapi kan yang mana tak de BM pun boleh buat, uli dengan tangan, insya allah hasilnya tetap menawan.....

Bun Sambal Tuna
Pasal inti tu kan, kalau nak guna sambal ikan bilis pun sedap, macam "Kak Jun" dia ada buat bun sambal bilis. Memandangkan mat malas nak kupas ikan bilis, aku belasah guna ikan tuna yang terkongteng2 tinggal 1 tin dalam pantry, tapi sedap koo, tak caya boleh buat lepas ni, dann masa nak buat roti tadi, tepung roti pulak habis...errkkk...as an alternative, belasah guna tepung gandum dannn hasilnya sungguh meletops...sendiri boleh tengok lah yeaa, nak puji2 diri sendiri pun tak elok, nampak macam riak...kalau nak tau, nanti u all boleh mencuba..okeyy...Jom semak resipi...

BAHAN DOH :-)
300 g tepung gandum
55 g gula halus
1/4 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver
30 g minyak sapi (guna mentega pun ok)
1 1/2 camca teh instat yeast
30 g telur (1 biji telur, kocok sedikit dan timbang)
100 ml air suam
50 ml air (xtra)

BAHAN SAMBAL TUNA :-)
1 tin tuna flakes, toskan
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar, cincang
1 ulas bawang putih, cincang
1/2 inci halia, diketuk
1 camca besar kicap cair
1/2 camca teh gula
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
Sedikit minyak untuk menumis


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Dalam air suam, masukkan instant yeast dan 1 camca teh gula halus (dari 55 g gula dalam resipi), kacau rata dan biar berbuih. Satukan semua bahan2 lain kecuali minyak sapi@mentega, gaul rata dan bancuhan ragi rati. Uli dan tambah air (yang xtra 50 ml tadi) sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tambah minyak sapi@mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang licin, kenyal dan tak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik bersih dan perap 50 minit. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap.
  2. UNTUK SAMBAL TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan cili kisar hingga garing, masukkan tuna, gula dan kicap cair, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masak dengan api perlahan hingga sambal kering, masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Keluarkan halia titik sebelum digunakan.
  3. UNTUK BUN SAMBAL TUNA :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan kepada 10 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil 1 bahagian, leperkan seperti dalam gambar, letak 1 camca besar sambal tuna dan balut inti tadi. Bulat2kan roti dan susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap. Perap roti tadi hingga naik, kurang lebih 45 minit. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau suka, nak tabur bijan atas roti tadi pun ok, sapu permukaan roti dengan lebihan telur yang ditambah 1 camca besar susu cair, dan taburkan bijan, kemudian bakar seperti biasa......
BUN SAMBAL TUNA BUN SAMBAL TUNA Reviewed by Mat Gebu on 5/15/2010 09:00:00 PM Rating: 5

16 comments:

  1. salam...
    gebunya lahai bun cik mat tu, segebu orang yg mbuatnya.

    Tapi kan Cik Mat, slalu org tgh stress ni buat apa2 slalu lingkup, tapi Cik Mat agaknya makin stress makin mjadi lak ya..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum cik mat..wahh comelnya roti tu naik..ahahaii tangan pun gebu montel mcm tangan darwish kak hana..ahaahaa..ampoon

    ReplyDelete
  3. Mat, ko pasti ke ko letak tu bun bilis? Akak kan sekali pandang mmg nampak mangga tauuu...2x pandang nampak mangga, 3x pandang nampak mangga masak...4 kali pandang akak dah fenin2 lalat...nak makan mangga ke nak makan bun...wakakakaa..sabauuu je ler akaaakkk...

    ReplyDelete
  4. bulat n gebu...mmg menyelerakan bun tuna tuh...best2..

    ReplyDelete
  5. abang mat...ayu datang dgn mata kuyu

    tapi, tersergah dek bun tuna tu...terus terbeliak besor mcm nampak antu..meleleq air liurku...alahai...oat dah ayu telan..kalau tak sah2,,pujuk En zalie, singgah umah u...........

    ReplyDelete
  6. waaaaaaaaa~~~

    sangat menarik perhatian perut saya

    esok nak try laa...

    ;)

    ReplyDelete
  7. Muahahaha....Bibik Melayu...
    Lepas ni nak panggil BM I pun Bibik jugak lah. Mana aci kan, orang lain ada Bibik, kita pun nak lah jugak :-P

    ReplyDelete
  8. salam sari yusa...
    Tu lah saya ni kan selalu lain pesen tau, kalau frust ke apa, benda jadi lagi elok time aku angin baikkk sesangat...hehehe

    salam izahdaut...
    Ahaks kan saya dah kata dulu, tapi kak ummi komen kata tgn ai ada bulu2 halus...hehehe, sorry ek, ai no bulu2, bukan keturunan benggali roti..hehe

    salam kak ummi...
    Setuju dengan akak, sekali imbas mmg sebiji buah mangga...jadi dalam pinggan tu 5 biji mangga lah yeaa...ishh bini sapa lah yang pandaiii sangattt tuuuu....

    salam IMA...
    Yep, pada saya kan, guna tepung gandum lagi senang membentuk dari tepung roti..tapi ada sedikit perbezaan..but still taste
    marbeless~~

    salam puan siti...
    Hahahaha, adehh problem jugak kan boh N3 makan ni time malam, sebab menggoda jeee...

    salam abc+milo...
    Try jgn tak....inti tu letak sambal tumis pun ok, tak kesah leer asal sambal tumis...

    salam LG...
    Hahahaha, tulah BM = Bibik Melayu...hehehe,

    ReplyDelete
  9. Ya Allah..gebunya bun tu..
    balik umah nanti nak try..
    tq cik mat 4 da recipe ..

    ReplyDelete
  10. hahahahaa bibik melayuu! baguss beno bunyiknyer! matt..yg tangan gebu tuh tangan ko mat er? mmg sah sah gebu! kikikiki..... tapi roti ko sungguh comey la mat oiii! aku nak wat gak lah!!

    ReplyDelete
  11. Mat.....Gebuzzzzzzzzzzzzzzzznya bun tu....sya try buat.....nape tak gebu cam tu erk.....aghhhhhh...nak try lagi lah...

    ReplyDelete
  12. atoiii! sedapnyaaa tengok. memang nak buat nantiii!!

    nak tgk apa yg kamu sudi komennn = BLOG PALING MENYENGAT

    ReplyDelete
  13. salam cik mat, kak siah da try buat bun tuna nie . . so lmbut n sedappppp . . . huhu tq tq cik mat 4 diz rcpe . . ^_^

    ReplyDelete
  14. Che Mat, bread improver tu camne ek? Kalo x de, ada gantian x? Sini susah lahai nak dapat mende2 alah camtu...

    ReplyDelete
  15. assalammualaikum cik mat..mohon halal ea..nk mntak resepi bun nih..bb lam peyot xpuas mkn roti bun gardenia td..gugle2 cari resepi bun ikan bilis n berkenan lak ngan resepi bun ik mat nih..mntak halal dunia akhirat ye..time kasih..^_____^)v

    ReplyDelete
  16. salam cik mat.. nk tanya ni. kalau air suam tu ganti dgn fresh milk suam..bole ke?

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.