Ayam Halia Lada Hitam
Salam Khamis semua, apa khabar anda semua, sihat ke... Hari ni jom kita makan lauk ala2 orang berpantang, saja lah sebab nak bagi perhangat badan yang memang dah sentiasa hangat ni. Lauk paling senang nak masak, cuma guna sedikittttttttt saja minyak. Tapi halia memang lebih sikit lah, bau dia kan harum dan bila makan, berangin jeee...rasanya untuk orang yang baru bersalin pun sesuai makan ni....kalau dapat ayam kampung lagi sedap kan, pulak2 ayam dara.. Yang ni mat guna ayam daging yang di bogelkan kulitnya, tu pun masih ada sikit minyak...tapi ayam kalau bakar, kulit tak buang, rasa dia lagi sedap tau, isi dia pun moist gitu....Jom kita semak resipi senang teramat sangat nih....Lagi satu nak tambah...mat kan tak tahan gelak dengan N3 blog "Cikgu Isza"....hahaha...banyak2 bersabar yea cikgu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam dipotong 16 bahagian
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*ditumbuk lumat)
2 ulas bawang putih, hiris halus
30 g halia muda, hiris halus
1 camca besar lada hitam, tumbuk halus
2 camca teh kicap cair
Sedikit gula pasir
3 cawan air
1/2 camca teh minyak bijan
1 camca teh minyak masak
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, buang kulitnya dan cucuk ayam tadi dengan garfu. Cuci bersih, tos dan gaul dengan bawang putih dan halia tumbuk tadi, perap sekurang2nya 2 jam.
  2. Panaskan minyak dan minyak bijan dalam kuali, tumis halia dan bawang putih hiris hingga layu, tambah lada hitam tumbuk, masukkan ayam tadi, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air, kacau rata dan tambah kicap cair. Biar mendidih.
  3. Perlahankan api dan renih hingga ayam empuk dan kuah pekat. Tambah gula dan rasa jika kurang masin tambah sedikit lagi kicap cair. Kacau rata dan masak lagi sekejap. Angkat dan taburkan dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat....