Vol-au-vent
Salam Jumaat yang mulia untuk semua. Semalam masa sungguh ketat dan tiba2 kepala otak jadi stress dan tertekan sikit..arghhhh....tapi nasib baik dah ok, itu pun selepas dengan gigih dan rajinnya serta dengan penuh kesabaran dan didikasi, mat telah membuat sendiri "puff pastry"..tuu diaa..macam berlagak kan bunyi dia...hahahaha..tapi kan secara peribadi dan juga pada mereka2 yang berjaya menghasilkannya sendiri, memang ada rasa bangga pada diri. Excelikan beberapa hari lepas mat chat dengan geng blogger masak2 yang yang dulu menetap di Australia, laa ni dah pindah balik Malaysia, dok kat Nibong Tebal..sapa lagi kalau bukan Hajjah Fidah atau Shafidah Sharmen...dia rajin masak, masa dia dok Aussie dulu, segala benda dia cuba, kek lapis dan macam2 lagi lahh...Laa ni dah ada anak sorang, pun masih rajin juga...Dia lah yang mula2 buat puff pastry lepas tu dok cabar2 aku pulak buat....tu lah sapa suruh cabar, kan dah buat semalam....kalau nak tengak hasil PP (puff pastry) dia, sudi2kan lah singgah blog fidah..

Vol-au-vent
Ok berbalik pada resipi hari ni, mat cuba lah menggunakan PP yang dibuat semalam, memandangkan belum lagi pi berfoya2 ke pasar, maka buat je lah ikut apa yang ada. Pernah dengar nama "Vol-au-vent"?...hahaha, pelik kan, mat pun baru 1st time dengar, itu dalam bahasa Perancis dan kalau tukar bahasa Inggeris, dia jadi "windblow", kerana menggambarkan keringanan puff pastry tadi bila dimakan. Selalunya ia dibentuk seakan2 mangkuk dan diisi dengan isian ala2 mushroom soup yang ditambah udang, ayam atau daging. Mat buat cuma 4 biji je Vol-au-vet ni, dan sebagusnya, hidangkan ia berasingan dari isian, kalau nak makan baru letak dan hidangkan segera, tapikan hidangan ni nampak sungguh formal...pstt tapi kita sendiri makan sambil duduk tepi sinki jee tadi....tak de nak formal2. Ok untuk resipi pertama mat letak dulu cara nak buat puff pastry dan seterusnya pulak buat "Vol-au-vent"....Oh yeaa..resipi ini mat dapat dari buku "Alax Goh"....

BAHAN-BAHAN UNTUK PASTRY PUFF :-)
400 g tepung gandum
1/8 camca teh garam
50 g mentega
220 ml air
300 g majerin pastry (yang ni boleh beli kat kedai jual bahan2 baking)
Sedikit tepung untuk ditabur


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam bekas, satukan tepung gandum, garam dan mentega, gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambil menggaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk, jika air habis dan doh sedikit melekit, tabur sedikit tepung. Rehatkan doh 15 minit.
  2. Ambil doh tadi, tabur tepung pada permukaan meja kerja dan juga alat pencanai. Canai doh tadi sehingga mendapat bentuk seakan2 huruf "T", macam dalam gambar.
  3. Letak kan majerin pastry ditengah2 dan bungkus kemas2. Mulakan dari bahagian kanan dan kiri, kemudian bahagian atas dan bawah. Tabur sedikit tepung dan terbalikkan doh.
  4. Canai doh sehingga mencapai ketebalan 0.5 cm, canai berhati2 dan jangan tekan kuat sangat masa mencanai, nanti majerin pastry terkeluar.
  5. Lepas tu lipat seperti dalam gambar 4 dan lipat kan lagi seperti gambar 5 (lipat buku). Kemas2kan dan rehatkan 15 minit.
  6. Kemudian pusing kan lipatan tadi 90 darjah (bahagian berlipat yang tadi di depan, pusingkan ke tepi). Canai perlahan2 sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm juga, dan buat lipatan yang sama macam no 5. Rehatkan lagi 15 minit.
  7. Ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 2 kali lagi dan rehatkan 15 minit setiap kali selesai proses melipat. Buat hingga siap.
  8. Akhir sekali, canai doh tadi sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm, kemaskan dan jika besar boleh kerat 2. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam freezer untuk kegunaan kemudian....
BAHAN UNTUK VOL-AU-VENT :-)
1 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum
350 ml susu segar
1 helai bay leaf
1 camca besar, cincangan dapun parsley
1 ulas bawang putih, cincang halus
8 kuntum cendawan butang, hiris nipis
2 batang sosej ayam, dadu sederhana besar
Secubit gula
Garam secukup rasa
Lada hitam serbuk secukup rasa
Puff Pastry secukunya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK ISIAN:- Panaskan mentega dalam kuali, masukkan bawang putih dan tepung gandum, kacau rata. Tuang susu perlahan2 sambil dikacau, hingga susu habis. Masukkan bay leaf, cendawan dan sosej (kalau guna udang, masukkan udang). Kacau rata dan masak dengan api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat, tambah lada hitam, secubit gula daun parsley dan garam secukup rasa. Angkat dan sejukkan sebelum diisi ke dalam pastry.
  2. Canai pastry puff setebal 0.5 cm, terap dengan cutter bulat berukuran 5 inci. Kemudian, canai lagi, terap gunakan cutter 5 inci juga dan kali ini, gunakan cutter bulat berukuran 4 inci untuk menerap bahagian dalamnya untuk menghasilkan pastry berbentuk cincin.
  3. Sapu kuning telur pada pastry 5 inci tadi, dan berhati2 letak pastry cincin tadi, tekan2 sikit dan biar selama 20 minit. Sapu sedikit kuning telur pada permukaan pastry cincin tadi dan bakar dalam oven pada suhu 200C selama 20 - 25 minit, hingga kuning keemasan.
  4. Jika oven anda ada "kipas", boleh di "on" kan...Sejukkan pastry tadi sepenuhnya atas jaringan. Lekuk kan sedikit bahagian dalam pastry (seperti dalam gambar atas sekali...) dan isi dengan bahan isian secukupnya. Hidangkan segera....