TAUHU LEMBUT KUKUS.

Tauhu Lembut Kukus
Salam Rabu untuk semua, mesti dah makan tengah hari..betul tak?...Kadang2kan idea memasak ni sungguh meluas, apa yang perlu, kretiviti masing2, tapi perlu diingat kan juga, jika kretiviti kita terlampau kreatif, bahaya juga takut lari dari matlamat asal, terus sakit perut pulak nanti. Hari ni mat nak share satu resipi palingg mudah dan senang. Tapi ianya perlu dihidangkan segera sejurus dimasak, dan sos dia tu boleh siap kan dulu....Rasa2nya dah ramai juga buat...tak pe itu versi mereka, yang ni versi mat gebu!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pack tauhu lembut (ada jual di pasaraya)
10-12 ekor udang kecil, dibersikan
3/4 camca besar sos tiram*
1/2 camca besar kicap pekat*
1/2 camca teh minyak bijan*
1/2 camca teh kicap cair*
1/3 cawan air*
1/3 camca teh gula*
1/2 camca teh tepung jagung + 1 camca besar air, kacau rata
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh minyak zaitun
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili padi, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan bahan bertanda (*), kacau rata dan tuang air. Bila mendidih, masukkan udang. Kecilkan api, tuang bancuhan tepung jagung. Kacau hingga pekat, masukkan serbuk lada hitam, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan, tauhu tadi dikeluarkan dari pack dan letak dalam bekas tahan panas, berhati2 sebab ianya lembut. Kukus 5 minit. Keluarkan dari kukusan. Belah 4, kemudian curah sos tadi atasnya. Sususn udang dan hias dengan hirisan daun bawang, cili padi dan bawang goreng.
  3. Hidang kan segera. Kalau dihidangkan lambat, nanti tauhu tadi akan mengeluarkan air....Sedap dimakan begitu saja atau bersama nasi hangat.....dengan bubur nasi pun sedap. Tauhu tu tanpa rasa dan sedang elok bila dimakan bersama sos nya tadi...Selamat mencuba!...
TAUHU LEMBUT KUKUS. TAUHU LEMBUT KUKUS. Reviewed by Mat Gebu on 3/24/2010 01:04:00 PM Rating: 5

8 comments:

  1. abg mat...kalau ada gout tak leh makan tahu kan?..

    nak ganti apa eik?

    ReplyDelete
  2. adoaiiii melelehnyer sos tuh cam meleleh air liur aku ni hah mat oiiii! apesal la smlm aku melantak taufu tuh gtu ajer! klu tak leh msk arini ngan sos nih! sok la bli lagik!!

    ReplyDelete
  3. salam puan siti..
    Hmm tu lah kan, kalau gaout ni payah sikit, semua jenis kekacang tak boleh makan...alternatif lain apa yea..hmm nampak gayanya guna "ayam" jee lahhh..

    salam hana...
    Eh..ko kan dah buat dulu, aku buat sebab nampak kat rumah koo, tapi kan malas nak bukak tenet, aku belasah jee guna apa yg ada kat dapur..

    salam sari yusa..
    Hehehe, alaaaa, jgn leer gitu...senang he nak buat nya...tak sampai 20 minit...

    ReplyDelete
  4. abg mat - nak tanya. klu kat kedai kan,dorang ada beli mcm yg rangup2 tu apa erk atas tauhu tu.

    ReplyDelete
  5. Mat..nak resepi ni... senang dan sedap


    dah tua2 ni gigi tak de..kena makan yg lembut2 mcm gitu

    ReplyDelete
  6. salam sue...
    Sorry lambat jawab..oo dah tau ek, jadi tak payah jawab leh yeaa.hehehe..

    salam kak jie...
    Yang ni mmg sesuai kak dgn yg tak de gigi, yang sakit gigi atau yang guna gigi boleh bukak2 tu...

    ReplyDelete
  7. cik mat nk tya.. saya ada masalah nk kuarkan tauhu tu dari kotak dia.. selalu terpecah2..
    cik mat ada petua ? tq ye

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.