MEE SUP DARURAT..

Mee Sup Darurat
As'laikum dam salam sejahtera...hahaha, kalau buat n3, tak de ayat lain kan...tak kesah lah... Hari ni, syukur alhamdulillah, hujan turun dengan lebatnya petang tadi, maka segarlah rumput2, pokok2 bunga dan sejuk lah sikit udara... Oleh sebab hangat melampau (bukan "hot fm" yeaa).. petang tadi mat buat mee sup "darurat"...ini paling sempoi lah pendek kata, main campak2 je, ikut apa yang ada. Konon2nya buat bebola daging (ambik kat blog "Ika Bangkok"), tapi jadi seakan2 batu kerikil kooo!!, alah hai kecewa sikit, tapi apa nak kesah, lepas masuk perut rupa dia semua dah jadi lain...cuma kalau nak tangkap gambar macam kurang lawa....Buat "Kak Ummi Kuantan", banyak2 berehat yea kak, koo kan demam urat..nak hantar mee sup pun jauh sangat....tengok gambar je lah yea...Ok jom tengok berapa daruratnya mee sup ni...

BAHAN BEBOLA DAGING :-)
400 g daging lembu, kisar halus
1 camca besar tepung gandum
1 camca besar tepung sagu ubi
1 putih telur, dipukul sedikit
1/4 camca teh lada sulah (mat letak 1 camca teh)
1/4 camca teh garam
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)

BAHAN SUP :-)
1 inci halia, tumbuk halus
3 ulas bawang putih. tumbuk halus
3 biji bawang merah, tumbuk halus
4 batang putih jagung, hiris serong
1/2 batang lobak merah, hiris serong
1 biji tomato, belah 4
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuib ayam "Maggi"
1 pokok daun sup
1 camca besar bawang goreng
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
2 liter air (atau secukunya)
Garam secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
Mee Hoon, dicelur hingga lembut, toskan
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Tauhu, digoreng dan hiris
Cili kicap
Sawi bok choy, dicelur sekejap dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BEBOLA DAGING :- Satukan semua bahan bebola daging dalam FP (food processor) kisar hingga semua sebati. Bulat2kan sebesar guli dan rebus dalam air mendidih hingga timbul, angkat dan toskan, guna api sederhana..
  2. UNTUK SUP :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis halia, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, tuang air. Masukkan kuib ayam, dan biar mendidih. Tambah lobak merah, lada hitam tumbuk, daun sup, bawang goreng dan putik jagung. Tambah garam secukup rasa dan renih 20 - 25 minit, masukkan tomato. Masak hingga tomato lembut, rasa dan jika ok boleh mati kan api.
  3. UNTUK MEE SUP DARURAT :- Ambil mee hoon dalam kuantiti yang diperlukan dan masuk dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah bersama isi2nya sekali, hias dengan bok choy celur, hirisan daun sup/daun bawang, tauhu hiris, bawang goreng dan hidangkan bersama sambal kicap. Hidangkan segere...
CATATAN MAT GEBU :- Lupa nak pesan, bebola daging tu boleh ganti dengan bebola daging yg sedia dijual atau guna bebola ayamas.....Sayur pulak boleh letak apa2 pun jenis yang disukai, tapi jgn leer letak pucuk ubi pulak yeaa....Selamat mencuba yea..

Post a Comment

17 Comments

  1. Mat, tadi kata nak wat mee sup. Ini mihun sup. Cemana ko ni, leh tukau pogrem plak. Kalau tahu ko nak wat mihun sup, ma hulur piuk kosong tadi.. tolong masakkan sekali... ahakss..

    ReplyDelete
  2. salam mat..mee complete cam tu, mat kata darurat, kalau akak la kan, mee darurat tu sama ngan mee maggi.hehe

    ReplyDelete
  3. salam mamafami...
    Hahaha, biasa lah ma, kita merancang allah menentukan...ibarat kalau dah makan pil perancang, kalau nak dpt...dapatttt jugak..hahaha, amponnn!!!...

    salam kak ain...
    Tapi kan kak, mmg darurat tu. bayangkan ayam tak de, daging cuma daging kisar...yg ada kiub ayam, jadi kita belasah guna...

    ReplyDelete
  4. salam mat..
    darurat pun nampak best.. oklah daging ada, sayur ada.. complete la tu.. btw nak tanya, mat penah buat bebola ikan x? maklumlah kiter duk jauh.. saudi sana.. mana nak cekau kena wat sendirila.. kalu ada kasi tau eh.. thanks..

    ReplyDelete
  5. Salam Mat...
    Ni Bukan mee darurat,mee dahsyat ada laa.. Nampak sodap mat, nak try buat laa. Izinkan cnp yer mat, wsslm.

    ReplyDelete
  6. ini bukan darurat mat! nih mee sup merdeka neh! sbb semua bhn cukup komplit! klu aku darurat lg senang, celur mee..rebus air ngan kiub! curah atas mee! siappp! opss sambal kicap sejuk dr esbok! muekekekee

    ReplyDelete
  7. Apa darurat nya mat..kalau mat bagi k.ct semangkuk. k.ct mintak tambah lagi semangkuk tau hehehe.

    ReplyDelete
  8. mat,
    Sedapnya daging bebola tuuuuu.... I love meatballs... Ada meatballs, ada Cath... Hehehe.

    ReplyDelete
  9. wah2..camni ka mee darurat tuhhh...kalo kite mesti celoq mee + sup kosong jek..

    ReplyDelete
  10. darurat????..tapi list bahan2nye dah sampai penuh 1 kertas A4..huhuhu...

    ReplyDelete
  11. Salam En Mat Gebu dan semua pembaca blog tiffinbiru,

    Saya sangat memerlukan jasa baik anda semua utk participate dlm survey saya.

    Disamping itu, anda juga berpeluang memenangi 4Gb Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

    Sila layari:
    http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

    atau boleh terus ke:
    http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

    TQVM
    -zu-

    >>saya pon dah cuba serabai mamafami tuh, sedaappp... sori,x related dgn entry ni.. hehe

    ReplyDelete
  12. salam cik mat camne nak buat tepung naik sendiri yek?nani duk kat doha so susah sikit nak dapat tepung tu...tlg yek mat.nanti mat tlg hantar e-mail kat nanie829@yahoo.com tq cik mat.

    ReplyDelete
  13. meleleh air lir saya nengoknya... saya memang tak leh tengok mee hoon sup!! lebih-lebih lagi ada meat ball dan ada sambal kicap...

    ReplyDelete
  14. kalu nk wat bebola ikan, saya biasa wat ikan tenggiri. Amik isi dia, tumbuk bersama dgn lada hitam, bawang besar n garam. Then bulat2kan terjunkan dlm air didih, bila dh timbul tu jadi ler fish ball. Then boleh la wat sup2 apa2 pn..sedap!

    ReplyDelete
  15. cili kicap kat atas tauhu goreng tu sungguh menggoda...

    ReplyDelete
  16. Mat, mee sup ko nih mmg mmbuka selera..tp kalau pedas lada hitam sgt akak xleh mkn lagi nih..sah-sah kang gastrik akak bertambah2 ribut taufannya..huhuuuu..Ko bygkan la, selama ni makan semua mesti nk pedas, tetiba xboleh mkn...hadooiii hidup ku kosong tanpa cili..huhuu

    ReplyDelete
  17. Salam Cik Mat, lapar la pulak perut nie bila tengok mee sup darurat..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.