Tadi macam terrrajin pulak nak menerai muffin vanilla kosong yang ada dalam satu buku baking ni, nampak mudah ringkas dan sedap..Memang betul, buat dia cepat dan hasilnya agak banyak (bergantung pada saiz paper cup/muffin cup yang anda guna).
Sebahagiannya saja2 mat letak strawberry jam (jenis yang kurang gula)....dah jadi 2 jenis muffin, strawberry dan vanilla....Sempena cuti sekolah ni, boleh lah ajak anak2 buat sama, tentu mereka seronok....
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mentega
3 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan susu segar (mat guna susu cair)
1/2 camca besar esen vanilla
Kepingan badam*
Strawberry jem*(*optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 180C. Atur paper cup dalam tin muffin atau gunakan muffin cup jenis keras. Putar mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
- Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu, hingga habis. Masukkan esen vanilla dan kacau rata. Sudukan 3/4 penuh dalam paper cup atau muffin cup tadi. Tabur badam dan bakar 25 minit atau hingga kuning keemasan.
- UNTUK STRAWBERRY MUFFIN :- Sudukan 1/2 camca teh strawberry jem (kalau dapat jem yang kurang gula), taburkan badan keping dan bakar hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang....
14 Comments
tengok resipi mcm senang, boleh try kalau penyakit rajin dtg.
ReplyDeletemudah dn ringkas je kan amt...aku nk try cuti sekolah ni...
ReplyDeleteAh Mattt AaaAa.. Muffinmu ituewww .. Awwww menggoda sungguh... Tergohda haku tawWwWwww.. ni yang dah gatai tangan nak memuffin ni...
ReplyDeletemat..nanti ct pun nak buat gak.ank2 mmg suka makan muffin ni mat.. :)
ReplyDeletesalam cik mat...
ReplyDeletetilik2 resepi pon cam senang je nih...
tengok muffin ni..hmmm..tak jadi cikmanggis nak diet!
ReplyDeleteSalam Mat, apa bezanya kalu guna susu segar dgn susu cair?
ReplyDeleteSalam Mat, lama x nampak..bz ke? Akak terkomen pasal muffin ko yang cantik menggunung ni kat bawah tu pulak..hehe...Minggu ni shopping apa Mat?
ReplyDeleteMat, Muffinsnya cantiiikk .. anak anakku suka sekali makan Muffins, nyammii and praktis :-D Salam..
ReplyDeleteain...
ReplyDeleteMemang senang membuatnya..lepas tu muai pulakk..
sis-linn...
sila mencuba...ajak amat dan 2lagi tu buat..lembutt je muffin ni, lepas tu tak de lah manis tahap gaban
SL...
mmg gebu u, lepas tu lembut disentuh, lenyap disantao..
ct delima...
cuba jgn tak cuba kak ct...kita tunggu feedback nanti.
aishah...
mmg senang, budak remaja pun leh buat..
cik manggis...
hehehe..makan dulu muffin dalam 1- 2 biji pastu sambung diet yeaa.
nisa96...
kalau guna susu segar rasa dia ok, tapi kalau guna susu cair, rasa dia lagi lemak dan "rich".
kak ummi...
minggu ni rasanya tak kot, tapi tatau lahh kalau tergoda nanti..hehehe
Judith...
Pasti anak2 suka....lagian membuatnya mudah sekali dan hasilnya lumayan...
mmm...nampak sedap la u punya kek tapi klu resipi gunakan cawan selalu aje fail..mat boleh tolong convertkan tak gunakan sukatan metrik supaya lebih tepat..tu pun klu sudi..ingat nak buat masa ada majlis maulid bulan feb ni..terima kasih..
ReplyDeleteSalam;
ReplyDeleteSy mmg suka resepi mat dari resepi.com dan sy byk cuba resepi2 mat. Saya dah cuba 2 resepi muffin mat..mmg exactly ikut resepi. Tp saya perasan, semasa dibakar mmg kembang tinggi muffin. Tetapi bila dah sejuk, muffin ini turun dan mengecut. Kenapa yer jadi begini? Huhu..walaupun tak jadi sgt, tp anak2 sy tetap setia menghabiskan...
ringkas & menarik. rasa pun memang sedap.
ReplyDeleteAssalammualaikum..tumpang bertanya..telur tu kalau gred b yang ada nak guna berapa biji ya
ReplyDelete