LEMAK CILI PADI IKAN KELI

Lemak Cili Padi Ikan Keli

Ini lauk tradisi orang2 Negeri Sembilan, zaman dulu mereka makan simple je, ikan keli boleh tangkap kat sawah, kelapa ambil kat pokok, cili padi dan kunyit ambik kat belakang rumah je, tu pokok wajib!!..Limau kasturi pun sama, pendek kata semua segar dan fresh gitu. Bahan2 mentah kalau segar, masakan kita pun rasa lain....selain air tangan masing2 laaa....Resipi rasa mat dah letak dalam n3 lepas, tapi tak pe, kita hari ni rajin tahap labu-labi, jadi jom tengok........

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan keli sederhana besar
2 helai daun kunyit, disiat
4 -5 biji limau kasturi, ambil jusnya
700 ml santan cair
300 ml santan pekat
1/2 cawan cili padi*
1 inci kunyit hidup, pilih yang tua*
1 camca teh garam kasar*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan digaul bersama garam dan jus limau kasturi, perap 10 minit dan cuci untuk membuang lendir. Siang ikan, cuci dan perap lagi bersama jus limau kasturi selamat 10 minit. Cuci kembali dan toskan. Lumur dengan 1 camca teh serbuk kunyit dan sedikit garam, panggang hingga masak. Kalau nak sedap panggang atas bara api arang. Ketepikan.
  2. Dalam belanga atau periuk, masukkan bahan tumbuk lumat dan santan cair, jerang atas api hingga mendidih, masukkan ikan keli panggang tadi dan tuang santan pekat. Perlahankan api dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan daun kunyit dan jus limau kasturi. Rasa dan jika perlu tambah garam dan jus limau kasturi. Biar masak sekejap dan matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat


Align Center

Post a Comment

9 Comments

  1. aishah....
    Bukan telinga jee..lobang hidung pun berasap sama!!!

    ReplyDelete
  2. ari tu masak kenduri lauk ni, campur pucuk ubi dgn tempoyah.. peehhh......betambah jemputan makan. basuh ikan bole gak dgn cuka, perap kejap banyak lendir keluar ..

    ReplyDelete
  3. mat..ct x pernah lagi rasa dan makan ikan keli ni..apa rasa erk..nampak org makan tu cam berselera aje hehehe

    ReplyDelete
  4. salam cik mat...i've been following yr blog quite sometime gak..jd silent reader..recipe pun ada yg dh try..tq...nampak tempting gulai ikan keli dlm pinggan bunga kangkung tuh..nyum2x

    ReplyDelete
  5. cik mat..biaser sy pakai asam keping je..
    mcm lg best pakai limau kasturi yea..

    ReplyDelete
  6. Uiihhh makin hari, makin main kasar ko ya Mat! Sedapnya gulai lemak ikan keli, lama x merasa...nak kata gemar sgt tidak lee..tp setakat sekor boleh la habis..hiiikkksss!!! Mengancam sungguh laaa.. :D

    ReplyDelete
  7. uih bang mat, menusuk kalbu la resepi kali ni. dah ler rupe dier sunggoh menyelerakan. kisah disebaliknye pon sunggoh nostalgik. tapi yg paling ummu terharu ialah ngan pinggan bunga kangkong tu. teringat zezaman kekecik dulu. huhuhu. ok bang mat. keep cooking k.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.