SAVOURY SOYA PUDDING

Savoury Soya Pudding

Ini resipi mudah dan berkhasiat. Budak2 boleh makan, orang tua yang tak de gigi pun boleh makan u, sebab lembut dan lesap je bila disuap ke dalam mulut masing2....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 ml air soya*
3 biji telur*
1/2 camca teh serbuk lada sulah/lada hitam*
1/4 camca teh garam*(*disatukan dan kacau dengan whisk hingga sebati)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar sos tiram
1/2 camca teh minyak bijan
1/2 camca teh kicap cair
2 camca besar air
Hirisan daun sup/bawang#
Hirisan cili merah#(#untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lenser bekas acuan kecil2 dengan sedikit mentega. Tuang bahan2 yang dibancuh (*) 3/4 penuh dalam bekas2 tadi dan kukus atas api sederhana 20 - 25 minit.
  2. Sementara itu, panaskan minyak bijan dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan sos tiran, kicap cair dan air. Kacau rata dan masak atas api kecil hingga pekat. Matikan api.
  3. Keluarkan pudding dari kukusan, sudukan sedikit bahan no 2 ke dalam setiap bekas pudding dan hias dengan hirisan daun sup dan cili. Hidangkan semasa masih suam......

Post a Comment

3 Comments

  1. Oo..ada jugak puding kena masak camni ek..siap bawang putih lagi..Mesti sedap ni Mat eh!

    ReplyDelete
  2. sesuai juger dihidang dibulan puasa nanti .. Mat, boleh gunakan air soya yg dalam kotak atau yg beli di gerai minuman tapi tanpa syrup ?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.