IKAN BAKAR & SAMBAL ASAM NENAS


Ikan Bakar & Sambal Asam Nenas

Hari ni makan simple saja..ikan bakar dengan sambal asam nenas. Walaupun simple tapi jika terkhayal dalam pekara2 kecil saja, boleh merubah masakan kita jadi tak senonoh. Cuba tengok ikan tu, tah macam mana mat boleh terkhayal dengan kerja lain, sekali tengok...dah jadi gelap..nasib baik tak rentong, kalau rentong aku terus je buat bahan baka, ikan tu....arghhh menciii betullll!!!!....

Ikan Bakar & Sambal Asam Nenas

Nasib baik ada sambal yang pedas berapi tapi manis2 manja ini. Boleh jugak lah cover rasa2 yang tak sepatutnya ada pada ikan bakar. Mat guna ikan kembong jenis besar, apa2 ikan pun boleh digunakan, kalau dapat ikan cencaru pun sedap, ikan ayam lagiiii sedap....

Bahan-Bahannya :-)
4 - 5 ekor ikan kembong besar
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit rosemary kering (jika suka)
1/2 camca besar minyak sayur

Bahan Sambal Asam Nenas :-)
1/2 cawan nenas masak
8-10 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 inci belacan, dibakar
1/3 cawan jus asam jawa
1 biji limau nipis
1/2 camca teh gula
Sedikit garam

Bahan Ulam :-)
Timun, kupas kulit, kerat dan belah kecil2
Tomato, belah 8
Sedikit salad kobis
Belahan limau kasturi

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK IKAN BAKAR :- Siang ikan, cuci dan kelar2. Gaul ikan bersama2 serbuk kunyit, garam, serbuk lada hitam, minyak sayur dan rosemary kering. Perap 20 minit. Kemudian bakar atas bara api sehingga ikan masak. Lebih kurang 6 - 7 minit untuk setiap bahagian. Ketepikan.
  2. UNTUK SAMBAL ASAM NENAS :- Tumbuk cili padi dan belacan hingga lumat, tambah bawang besar dan tumbuk hingga separuh lumat, masukkan nenas dan tumbuk lagi hingga semua rata. Masukkan jus asam jawa, sedikit garam dan gula. Gaul rata. Perah jus limau nipis dan kacau. Alih ke dalam bekas untuk dihidangkan bersama ikan bakar.
  3. Susun ikan bakar tadi atas pinggan sesuai, sertakan sekali ulam-ulaman bersama sambal asam nenas. Perah jus limau kasturi jika suka sambal lebih masam....

Post a Comment

4 Comments

  1. Hello,
    saya suka resepi-resepi dalam blog ini. Pernah try resebi kerabu mangga dan kacang phool. sangat sedap!

    ReplyDelete
  2. amboiii..
    cekci nyee ikan..
    negro pn kalah.. hehe =P

    ReplyDelete
  3. chics...
    Terima kasih kerana sudi mencuba... Eh! u look soo sweet lahh...

    syazwaniadnan...
    hahaha...negro tengok pun terus mengucap dia!!! sebab terkejut!!

    ReplyDelete
  4. hi..
    resepi abg sume sedap2...i loike!
    trase nk try wat ikan bkar ari ni.(^_^)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.