Ringkas, mudah dan sedap...tak percaya ke?...cubalah try...menghasilkan lebih kurang 12 biji muffin bergantung pada saiz muffin cup masing2..
Bahan-bahannya:-
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 cawan UTH Whipping Cream
1/3 cawan gula kastor
1/2 cawan mix fruit
2 biji telur gred A (lebih kurang 60g sebiji)
1 camca teh esen vanilla
Ceri sebegai hiasan.
Cara membuatnya:-
- Ayak tepung dan gaul dengan mix fruti tadi. Ketepikan.
- Dalam satu bekas, satukan telur, gula dan esevn vanilla. Kacau menggunakan wisk hingga sebati, masukkan UHT Whipping Cream dan terus mengacau hingga sebati dan sedikit kembang.
- Masukkan tepung yg telah digaul dgn mix fruit tadi sedikit demi sedikit sambil mengacau hingga sebati dan tepung tidak berbintil.
- Masukkan adunan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh, hias dgn sebiji ceri. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidang...
0 Comments