Peppery butter squid?...hmmmm apa salahnya....kalau udang boleh kenapa sotong tak boleh....ada apa2 alasan lagi?
Bahan A:-
500 g sotong sedernaha besar
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk lada sulah
Bahan B:-
3 camca besar tepung gandum
3 camca besar tepung beras
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh baking powder
Bahan2 lain:-
1 biji telur gred B (saiz kecil)
2 camca besar mentega bermutu
1 camca teh minyak masak
2 ulas bawang putih, dicincang halus
2 batang leek, dihiris halus
1 camca teh gula
1/4 camca teh garam
1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk kasar
Hirisan daun bawang dan belahan limau kasturi utk hiasan
Cara membuatnya:-
- Asing kepala dan badan sotong, buang mulut, mata dan cuci bersih. Potong badan sotong besar dan cuci. Toskan kedua2nya. Kemudian gaul dgn bahan2 A. Perap 10 minit.
- Satukan semua bahan B dalam satu bekas, gaul hingga rata. Pukul telur dgn garfu dan masukkan ke dalam sotong, gaul hingga rata dan golekkan setiao bahagian sotong tadi dgn tepung. Buat hingga siap. Ketepikan.
- Panaskan 1 liter minyak utk goreng terendam. Goreng sotong sedikit demi sedikit (500g sotong, goreng 4 kali) hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
- Dalam kuali sama yg telah dikeluarkan minyaknya, masukkan mentega dan minyak masak. Bila mentega cair tumis bawang putih cincang dan leek hingga wangi. Masuk gula, garam dan lada hitam tumbuk, gaul rata. Masukkan sotong dan gaul hingga mesra. Biar 1 - 2 minit dan boleh diangkat. Hias dgn belahan limau kasturi dan hirisan daun bawang sebelum menghidang...
0 Comments