NYONYA NASI ULAM

Nyonya Nasi Ulam ni khas untuk tekak Ah Mat Gebu...memang sedap, sihat dan beraroma. Ini boleh makan bertambah, tak yah dah ada lauk2 lain, senang hidup kan kalau makan nasi ulam ni, cuma perlu perah jus limau kasturi pada sapa yang suka masam2 sikit....jom sama2 makan nasi ulam....Idea asal dari "Amy Beh"...

Bahan Utama :-)
4 - 5 cawan nasi putih yang telah disejukkan (mat guna beras basmathi)
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
2 ekor ikan kembung, dibakar dan ambil isinya, carik halus2
2 camca besar kerisik
Beberapa biji limau kasturi, dibelah dua

Bahan Perisa :-)
2 camca besar sambal belacan
1 camca besar sos ikan
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
1 camca besar gula halus
1 camca teh minyak bijan

Bahan Dihiris Halus :-)
3 helai daun cekur
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit muda
1 kuntum bunga kunyit (optional)
1 kuntum bunga kantan
2 tangaki daun kesum, ambil daunnya sahaja
2 tangkai daun selasih, ambil daunnya sahaja
6 helai daun kadok
2 batang serai, ambil bahagian putihnya
2 inci kunyit muda
2 inci halia muda
5 biji bawang merah kecik

Cara membuatnya :-)
  1. Gaulkan semua bahan2 perisa hingga sebati. Masukkan nasi bersama daging ikan kembung, kerisik dan udang kering tumbuk tadi. Gaul rata.
  2. Akhir sekali satukan semua bahan2 dihiris halus, gaul rata2 dan rasa jika kurang masin boleh tambah sedikit lagi sos ikan.
  3. Hidangkan segera bersama belahan limau kasturi.....yumm yumm!!!
~: Rupa bunga kunyit yang mat gunakan untuk nasi kerabu:~

Post a Comment

5 Comments

  1. Amboii mat, seleranya tengok..lepas ni ko buat Apek Nasi Ulam lak aiii...Eh cantik bunga kunyit tu..kalu akak, letak elok2 dalam vase le..hias atas meja..hehe..

    ReplyDelete
  2. mat..kita nyer tekak selera sama la..nasi ulam ni..nampak best aje..tp daun 2nya la tak der..setakat daun kesom...ada la...uhuks

    ReplyDelete
  3. Insya allah kak ummi, akan dipertimbangkan....bukan 'apek' laaa...kita kalau peranakan, yang jantan panggil "baba". yg pompuan "nyonya"..ada ke apek pulak...hehehehe.

    Jo...
    Tulah kalau nak makan masak lemak, asam pedas ke, rasa mcm jemu dan mencii leerr, tapi nasi ulam nie sedap dan ringkas, khasiat pun banyak...

    ReplyDelete
  4. bunga kunyit ni dari pokok kunyit ke...
    pokok kunyit Kak Es tak pernah lak hasilkan bunga cenggini.
    Cantikk! siap boleh wat ulam lagi

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.