KUAH KACANG SARAWAK


Ini resipi dari Kak Pah Sherry....kuah kacang istimewa yang dicampur dengan daging...aduhh...nyamaannn sekalii!!!!

Bahan-Bahannya:-
200 g daging lembut batang pinang, dihiris nipis2
250 g kacang tanah, goreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk kasar
2 keping asam gelugor (mat guna 1 keping saja)
50 ml pati santan
Gula melaka (mat campur sedikit gula pasir)
Garam secukup rasa
1 camca besar cili kisar (mat guna 3 camca besar)
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci lengkuas*
5 batang serai*
50 g udang kering, rendam dgn air panas dan toskan*(*dikisar halus)
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan daging, gaul rata dan masak daging hingga empuk dengan api sederhana, tambah sedikit air jika terlalu kering.
  2. Bila daging empuk, masukkan air (ikut keperluan), kacang tumbuk dan asam gelugor. Biar mendidih hingga pekat. Masukkan gula melaka, garam dan santan, kacau hingga rata dan biar mendidih perlahan. Rasa kuahnya jika semua ok, boleh lah diangkat dan hidangkan bersama nasi impit...

Post a Comment

1 Comments

  1. saya jugak orang Sarawak..tapi suka buat kuah kacang ni cara simple je..org Sarawak panggil kuah ni 'kuah satay'...
    kacang tanah yang sudah dipanggang dikisar halus.masukkan air ikut suka dan rebuskan kacang tumbuk tadi beserta bawang putih,bawang merah & cili kering, serai dan sikit lengkuas yg diblend halus,Masukkan gula pasir dan garam ikut rasa. Tak perlu ditumis cuma cara rebus je biar mendidih dan sampai kuahnya agak pekat dan keluar minyak.kalau suka boleh juga masukkan sekali hirisan daging semasa merebus.rasakan manis masinnya..bila kuah dah agak pekat dan dah cukup rasanya, bolehlah dialihkan.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.